PROMOSI! PROMOSI! PROMOSI!

Gulahati Boutique

‎+ Welcome to Gulahati Boutique!
+ Your online shopping source with lots of scarves to choose from!
+ We hope you will love our items as much as we do.
+ Gulahati team will try our very best to meet your expectations.
+ We are very happy to have you as our customers.
+ Do visit us at our main blog at Gulahati Boutique

Irfan makan ice-cream!

Tuesday, June 30, 2009





"eh... eh... Irfan sedang buat apa tu???!!!"

"ohhhh... Irfan makan ice-cream ye..."


tgk lah gelagat anak Dea tu... seronok dia dapat menikmati mini cornetto tu. nak tahu kenapa dia berkelakuan demikian? hahahaha... sbnrnya kami sedang mengusik dia. kami pura-pura minta sikit ice-cream yg sedang dimakannya itu. tgklah... punya la kedekut. sanggup dia memandang ke arah lain. itulah Irfan. dah mula pandai menjadi kedekut... hehehehe.

Jawapan Yang Pasti - Eka Fahara

Monday, June 29, 2009

Aku baru sahaja habis membaca buku Jawapan Yang Pasti hasil nukilan Eka Fahara. Buku ini aku beli secara online dari blog Eka Fahara beberapa minggu lepas. Yang bestnya... aku juga dapat cenderahati daripada penulis itu dan buku yang aku beli siap dengan coretan dan tandatangan dari Eka Fahara. Bertuah rasanya badan... hehehe

Komen ku...
Cerita yang ditulis dan digambarkan oleh penulis dalam buku ini memang menarik dan bagus. Cerita dan idea lain daripada yang lain. Ada beberapa ketika... kita tak boleh nak menjangka perjalanan cerita yang seterusnya. Memang menarik! Satu lagi koleksi yang amat menarik untuk dimiliki.

Cerita hari ini...(2)

Thursday, June 25, 2009

hari ni aku rasa letih dan mengantuk. maklumlah... y'day aku balik lambat dari opis. kuar dr opis pun dah pukul 10 mlm. nak tahu kenapa???!!! y'day adalah cut-off day for salary June'09. So...aku yg bekerja di hr dept. bersama 2 lg members bertungkus-lumus la mengira apa-apa report yg abnormal. mcm-mcm dok ada... kena buat pembetulan macam-macam. mata pun dah naik juling. sampai je ke rumah terus lepak atas sofa. mr.hubby lak suh teman dia makan malam. so...aku yg ala-ala isteri mithali pun dgn separuh hati menemankan mr.hubby makan. aku cuma meratah ikan masak gulai tempoyak. mana tahan... feveret tu... hehehehe

lepas tu... aku sambung lepak di sofa semula sambil menonton movie bertajuk 'be cool' lakonan john travolta bersama-sama mr.hubby. sedar-sedar mr.hubby kejutkan aku suruh masuk tido ke dlm bilik. dengan selamba aku bertanya...

aku : "movie dah abis ke?"
mr.hubby : "dah...10 thn lps"

hehehe...mr.hubby bengang sbb selalunya aku akan bersembang-sembang dgn dia sblm tido.

pagi ni aku terjaga lebih kurang pukul 6.30 pagi. bila aku jeling je sebelah kiri ku... aku tengok mr.hubby dah terkebil-kebil memandang siling.

aku : "kenapa bang?"
mr.hubby : "tak boleh tido la. panas!"

memang dr mlm td... ada beberapa kali aku terjaga sebab mr.hubby tido dlm keadaan yg tidak selesa. sekejap-sekejap dia berpusing ke kiri dan kanan. memang terganggu tido ku.

dan... pagi ini aku ke opis dlm keadaan mengantuk. mujur payroll report dah siap sepenuhnya pg ni dan sudah dihantar ke meja hr manager dan tak byk pembetulan yg nk dibuat. kalu tidak memang dia akan berkokok memanggil kami... hahaha

Karnival Makan Durian di Pulau Pinang

Tuesday, June 23, 2009

Karnival makan durian kembali lagi. Kali ini karnival ini berlangsung pada 28hb Jun 2009 yang jatuh pada hari Ahad ini. Karnival ini diadakan di Pantai Teluk Bayu, Sungai Batu, Teluk Kumbar Pulau Pinang. Kepada peminat-peminat durian...apa tunggu lagi?!!! Jom makan puas-puas!

Dea dan family memang peminat fanatik kalu pasal durian ni. Memang pantang! Pantang berjumpa. Memang selesai kami kerjakan... hahaha. Kalu tak percaya...cubalah jemput kami sekeluarga makan durian...mau terkejut melihat kami sekeluarga nanti. Cuma... Irfan je kurang menggemari durian ni. Sama la mcm 'bibik' kami kat rumah tu... Bila kami berempat menghabiskan durian... dia dgn Irfan akan dok senyap-senyap dlm bilik. Cuma keluar selepas habis durian kami kerjakan. Tukang buang kulit je...hehehehe

Afina - before and after makeover

Monday, June 22, 2009


Ha... kalau dah namanya anak dara... tatau nak cakap apa lagi dah. Gambar ni Dea ambil masa anak dara Dea ni nak menyambut Hari Guru di sekolah dia beberapa minggu lepas. Sibuk memberitahu yang cikgu dia suruh make-up sebab kelas dia ada buat persembahan hari tu.....
Keesokkan hari... terpaksalah bangun awal pagi sebab nak menyiapkan dia sekali sampaikan kita pun tak sempat nak pakai lipstik pagi tu... hahahaha. Anak dara Dea ni sanggup tak bersarapan pagi tu takut mekap 'cair'...hahaha.

Lagi AWARD dari Kak Ieda

Friday, June 19, 2009

Wah...bermurah hati betul Kak Ieda. Dea dapat award lagi. Terharunya dapat award "ANUGERAH MESRA MATA" dari Kak Ieda. Terima kasih Kak Ieda kerana sudi dan selalu singgah sini. Moga-moga Kak Ieda selesa di Dea Sara's House. Thank you very much!

Setiap Jumaat - Norhayati Berahim

Aku baru selesai membaca novel Setiap Jumaat hasil karya penulis terkenal yang sememangnya aku minati sejak dulu lagi iaitu Puan Norhayati Berahim. Sebenarnya...novel ini aku beli sejak pertengahan bulan May lagi tapi baru berkesempatan membaca dan menghabiskan novel ini.

Komen ku...
Seperti biasa...novel-novel hasil dari air tangan NB memang mantap. Penceritaan yang bersahaja dan santai. Jalan cerita dan idea yang tersendiri. Mampu membuatkan pembaca 'melekat' sehingga ke noktah yang terakhir. Novel yang memang berbaloi untuk dimiliki oleh peminat-peminat novel tanahair.

Untuk NB...
Tahniah di atas penghasilan novel mantap ini. Teruskan dengan karya-karya 'emas' akak. Dea akan senantiasa menyokong karya-karya akak. Selamat 'berjuang'!.

Panduan mengenali LELAKI baik...

Thursday, June 18, 2009

Motivasi oleh: DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Lelaki jujur tidak gemar kalau dia dicurigai. Dia juga tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Lelaki jujur biasanya cemerlang dalam pelajaran ataupun pekerjaan. Dia tidak punya masa untuk bermain sembunyi-sembunyi. Dia suka berterus terang dan dia mahu orang mempercayai kata-katanya. Kalau dia dicurigai dia boleh berasa amat kecewa dan boleh bertindak bodoh.

Misalnya, seorang suami yang memang tiada apa-apa skandal di luar, jika isterinya tidak habis-habis melemparkan kata-kata curiga, dia boleh bertindak betul seperti apa yang dikatakan oleh isterinya itu.

"Aku jujur pun isteri aku kata aku tak jujur. Baiklah aku tak payah jujur." Dikhuatiri kata-kata begini mula terdapat di dalam hatinya. Dia mungkin tidak bertindak songsang pada waktu terdekat, tetapi apabila titik hitam mula terbentuk di hatinya lambat laun, ia mungkin terjadi.

Begitu juga seorang lelaki jujur dalam kategori tunang ataupun teman. Orang jujur memang tidak patut dicurigai. Sebenarnya bukan orang jujur saja, siapa pun tidak suka jika dia dikatakan tidak baik, meskipun dia memang tidak baik. Jadi, cuba bayangkan perasaan seorang yang baik tetapi asyik dicurigai.

Persoalannya bagaimanakah hendak mengenali lelaki baik? Memang sukar namun kita perlu berpegang pada satu-satu prinsip untuk dijadikan panduan. Kita boleh kata tak semestinya begitu dan tak semestinya begini, tapi jika kita terus berkata begitu, kita tidak akan mencapai kesudahan. Kita akan menjadi seorang jurutikai dan tiba-tiba tanpa kita sedar dia sudah pun meninggalkan kita kerana tidak tahan dengan kerenah kita. Oleh itu, jadikan apa yang akan saya paparkan di bawah ini sebagai panduan saja. Tidak semestinya betul, harus salah.

Lelaki itu jujur jika:
1. Dia seorang yang cemerlang dalam usaha yang dilakukannya. Tidak semestinya betul tetapi kita boleh berpegang lelaki yang sibuk membina kecemerlangan diri memang tidak sempat untuk membina cinta-cinta palsu. Mana mungkin seorang yang sibuk menguruskan perniagaan ataupun tekun melakukan kerjanya ataupun seorang pelajar yang sibuk menelaah ada masa untuk mempermainkan wanita.
2. Dia seorang yang kuat pengamalan agamanya. Tidak semestinya betul sebab orang yang kuat beribadah pun tidak terlepas daripada godaan syaitan, malah semakin besar serbannya semakin besar pula syaitannya. Namun, tentulah lebih ramai yang sempurna hasil kuat peribadahan agamanya berbanding yang ambil tidak peduli dengan agamanya.
3. Dia seorang yang amat mengambil berat tentang keluarganya. Seorang lelaki yang baik pasti seorang yang amat disenangi oleh seluruh ahli keluarganya. Tumpuannya pada kerjaya, keluarga dan TUHAN.

Gabungan ketiga-tiga aspek ini menjadikan seseorang lelaki itu 'sempurna'. Dia sudah tentu tidak punya masa untuk menjalin hubungan-hubungan 'luar biasa' sebab kesibukannya bersama kerjaya, keluarga dan TUHAN.

Kerjaya menjadikannya seorang yang sibuk untuk mengejar matlamat, keluarga sandarannya untuk menjadi seorang penyayang dan bertanggungjawab. TUHAN pula menjadi pengharapannya demi kehidupan yang lebih baik dan sempurna serta kekal abadi. Apakah anda fikir seorang lelaki yang mempunyai tiga aspek begini masih patut dicurigai?

Ramai suri-rumah akhirnya ditinggalkan kerana terlalu prasangka, menyangka yang bukan-bukan serta merangsang suami dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas. Nasihat saya, berilah kepercayaan padu kepada suami anda selagi belum terbukti sesuatu. Selagi ia berlegar dalam pemikiran ia tidak perlu dilayan.

Selamat membina perhubungan intim dan jadilah orang yang ceria serta bahagia sepanjang hidup kita. Saling mempercayai lebih bagus daripada saling mencurigai.

Award dan Tag

Tuesday, June 16, 2009

Jalan-jalan kesana kemari...terjumpalah blog PakcikDot. Setelah berkenalan PakcikDot mempelawa untuk menambil award ini. Setelah beberapa kali mencuba...baru ini dapat dipamerkan di blog Dea. Terima kasih ye PakcikDot. Comel award ini. Semoga persahabatan kita di alam maya ini akan berkekalan ye PakcikDot.

Yang dibawah ini pula...award2 dari Kak Ieda. Siap kena buat keje rumah lagi...hehehe...Terima kasih ye Kak Ieda....lihat jawapan Dea di bawah ini ye...



Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie:

1.Baru kenal je dgn Kak Ieda ini...Dea pun dah lupa dari mana Dea tahu ttg blog Kak Ieda...but...she's nice person...friendly. Harap persahabatan kita berpanjangan ye kak!
2.Byk info tentang kesihatan di blog Kak Ieda...terutamanya berkaitan dengan HERBALIFE. Nanti leh share ye kak tip-tip mengurangkan berat badan...Dea pun lebih kurang je...
3.Mempunyai 2 org puteri dan seorang putera.
4.Mempunyai ramai kenalan yang menjadi pengguna HERBALIFE...akak ni dealer ye....
5.Apa lagi ttg akak ye.....emmm..tatau lg nak tulis apa ttg akak...huhuhu. Ohhh...baru teringat! Satu negeri dgn Datuk Siti Nurhaliza kan...hehehe...

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya : (jawapan ni Dea copy dari entry bulan May)

1.Suka berangan...hehehe...actually bukan berangan sgt pun...memikirkan masa depan.
2.Suka membaca...koleksi dah byk...byk lg plastik yg belum dibuka..hehehe...baru berpeluang memanjakan diri...
3.Agak kelakar...ermmm...boleh diterima ke?
4.Suka bersantai or chit-chat ngan kwn2
5.Sentiasa ingin luangkan masa bersama keluarga...terutama berdua ngan Mr.Hubby
6.Suka mencuba sesuatu yang baru
7.Suka mengembara ke blog2 masakan w/pun tak terer memasak. Hehehe...at least..ada resipi yg simple...boleh cuba kan...
8.Berangan-angan nak jadi businesswoman. Entah bila nak tercapai...modal pun xde.
9.Berangan2 juga nak jadi penulis novel...tapi...kurang keyakinan diri dan tak tahu di mana nak bermula.
10.Dah berapa lama dah nak kuruskan badan...hahaha...tak pernah menjadi...dah anak 3 pun.

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye :
Rasanya...x de sesapa yg Dea nak tag sbb ramai dah dok jawab tag ni dan Dea pun x de calon-calon yang terlintas di fikiran Dea setakat ini...



Task 1:
Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link - Kak Ieda

Task 2:
Pass the award to 7 other blogs . Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award. Nama2 yg tercalun silalah amik yer....

Calun2 nya adalah...untuk semua kenalan blogger Dea yang berkunjung ke blog Dea dan juga kenalan-kenalan blogger baru yang sudi menjengah ke sini. Amik award ini dan letakkan di blog anda ye. Sayang anda semua....

Jangan jadi seorg yg EGO...

Monday, June 15, 2009

MALAM TADI KAMU DAN KAWAN BAIKMU BERTENGKAR. KAMU MEMBUAT KEPUTUSAN TAK MAHU BERCAKAP DGNNYA KEESOKAN HARINYA. DIA SENYUM KEPADAMU. SEBALIKNYA KAMU MENGETAP GIGIMU KPDNYA. DIA MENCERITAKAN PERKARA YG BAIK TENTANG KAMU KPD KWAN2NYA YG LAIN. KAMU PULA MENYEBARKAN KHABAR ANGIN MENGENAINYA. DIA CUBA MENDEKATIMU DAN MENEGURMU. TAPI KAMU TOLAKNYA KE TEPI. BAGINYA KAMU SEORG KAWAN YG TERBAIK. KAMU PULA RASA DIA SEORG KAWAN YG PALING TERUK PERNAH KAMU JUMPA. DIA PUN MENULIS NOTA KPDMU DAN MENCERITAKAN SEMULA KENANGAN MANIS YG PERNAH KAMU DAN DIA KONGSI BERSAMA. KAMU PULA MENULIS SEMUA SAAT BURUK YG KAMU INGAT SEPANJANG BERSAMANYA. JAUH DI SUDUT HATIMU KAMU MENGASIHANINYA. TAPI DI HATIMU SUDAH PENUH DGN KEBENCIAN..

KEESOKAN HARINYA KAMU JUMPA SATU NOTA DRPDNYA:

DEAR_________,

SAYA CUBA MEMBERITAHU KAMU SEMLM TAPI KAMU TAK BERI PELUANG UTK SAYA BERCAKAP. SAYA CUBA BERITAHU KAMU BERITA GEMBIRA TAPI KAMU TAKUT UTK MENDENGARNYA. SAYA CUBA UTK SENYUM KPDMU TAPI KAMU SAMBUT SENYUMAN SAYA DGN KEBENCIAN. SKRG NI KEADAAN SAYA SGT TERUK DAN MAKIN TERUK. SAYA MINTA MAAF SBB HARI NI SAYA TAK DPT BERJUMPA DGN KAMU. SAYA TULIS SURAT SEMASA SAYA DI HOSPITAL. SAYA SUDAH KESUNTUKAN MASA. SAYA MINTA MAAF SBB TERPAKSA BERITAHU KAMU SKRG. SAYA MINTA MAAF ATAS PERGADUHAN KITA. KAMU MMG SEORG KAWAN YG HEBAT. SAYA JANJI SAYA AKAN SENTIASA MEMERHATIKAN KAMU.

SALAM KASIH SAYANG, ________________

KAMU PUN BERLARI KE HOSPITAL UTK MEMINTA MAAF PDNYA. TAPI HANYA IBUNYA SAJE YG ADA DI SITU. IBUNYA MENEKAP MUKANYA DGN KEDUA BELAH TGNNYA. DAN DIA PUN MENANGIS. DIA MELUTUT DAN BERDOA SUPAYA TUHAN KEMBALIKAN ANAKNYA. KAMU SUDAH TERLAMBAT. KAMU BERHARAP DPT BERITAHU KAWANMU YG KAMU MINTA MAAF DAN UCAPKAN SELAMAT TINGGAL.

PENGAJARANNYA:

SEMUA KAWAN ADA MASA NAIK DAN TURUN. DAN KADANGKALA KAMU PERLU MEMINTA MAAF. JGN TUNGGU ORG LAIN MELAKUKANNYA DULU. SBB KAMU TAKKAN TAHU APE AKAN TERJADI ESOK HARI. DENGAN ITU SAYA MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA SEPANJANG PERKENALAN KITA ADA PERLAKUAN DAN TUTUR KATA YANG TIDAK DISENANGI DI HATI KALIAN SEMUA .

I'M THANKFUL U'RE MY FREN Z !....

Wajah-wajah AYU...

Friday, June 12, 2009

haaa...inilah wajah-wajah ayu HR Staff di MECI
dari kiri...Dea, Irene, Azie and Idura (Walinong Sari)
masa ini...Kak Azie nye birthday...kami meraikannya saja
tumpang sekaki la...hehehe
emmm...yg ni memang sengaja buat abis film je...
control ayu konon...inilah aksi-aksi cute Exec HR...
walau macam mana pun...kami semua mcm satu keluarga
selalu ada gurau senda dan berkongsi-kongsi cerita
memang happening la kami kat dept ni
masing-masing dgn karektor yg tersendiri
lebih happening...bila boss cuti
siap buat kenduri!

Syurga Di Hati - Fatin Nabila

Monday, June 8, 2009

Komen ku...

Ceritanya menarik. Walaupun jalan cerita agak mudah di teka tetapi novel ini berjaya digarap dengan baik sekali. Watak-watak berjaya digambarkan dengan baik sekali. Tak rugi kalau membacanya. Sebuah lagi karya Fatin Nabila yang baik dan berbaloi untuk dimiliki.

Syurga Di Hati di Pantai Merdeka

Hujung minggu...aku dan Mr.Hubby meluangkan masa bersama anak-anak di Pantai Merdeka. Cadangnya kami nak ke sana pada hari Sabtu tetapi memandangkan kami ada jemputan kenduri kahwin, maka terpaksa di tunda ke hari Ahad.

Kami bertolak ke Pantai Merdeka selepas zohor. Saja nak berlama-lama di sana. Sampai di sana lebih kurang pukul 3.00 ptg. Cuaca memang panas. Walau pun panas...org memang ramai di sana. Di mana ada je tempat teduh...adalah penghuninya. Maaf la sebab tak dapat nak 'klik-klik' sepanjang kami di sana. Tak sedar kamera kehabisan bateri. Bateri spare pun...lupa nak bawa.

So...kami pun mencari tempat yg sesuai. Mr.Hubby pun membentang tikar yg kami bawa. Aku pun meletakkan bekalan makanan yang kami bawa. Sekadar rojak buah dan keropok goreng. Anak-anak terus bising nak turun mandi dan bermain di pantai. Mr.Hubby tak bagi mereka mandi lagi coz cuaca terlalu panas so kami bersantai-santai sambil makan rojak buah. Anak dara aku Afina merengek-rengek nak makan aiskrim. Selepas itu, kami menikmati aiskrim pula.

Aku pula...sambil-sambil lepak...aku capai novel Syurga Di Hati hasil nukilan Fatin Nabila. Novel yg kubeli sebulan lepas...masih belum di baca. Sempat aku menghabiskan novel sepanjang aku berada di sana sambil baring-baring di sebelah Mr.Hubby dan anak-anak.


Selepas sembahyang Asar di surau berdekatan...Mr.Hubby membenarkan anak-anak bermain dan mandi-manda di pantai kerana cuaca pun dah agak kurang panas. Meloncat-loncat anak-anak ku menjerit keriangan. Aku menyambung kembali pembacaan ku sambil berbual-bual ngan Mr.Hubby. Sudahnya...aku yg bercakap sorang-sorang. Mr.Hubby dah lena disebelah ku.

Kami berangkat pulang setelah selesai menunaikan Maghrib. Sepanjang perjalanan...mmg banyak kenderaan yang lalu lalang di jalan raya. Kedai-kedai makan pun gemerlapan dgn cahaya. Sana sini penuh dengan pengunjung. Kami berhenti makan di restoran kegemaran. Memang kami enjoy the food bila ke sana. Steak yg dijual memang setaraf dengan hotel. Harga memang boleh tahan. Selepas makan...kami terus balik. Maklumlah...penat sangat rasanya.

Jalan-jalan di Kuala Lumpur

Thursday, June 4, 2009

Gambar-gambar di bawah ini adalah gambar-gambar yang sempat aku 'klik-klik' masa Dea pergi ke Kuala Lumpur pada cuti Labour Day yang lepas. Dea tak sempat nak buat posting kat sini memandangkan ke'bz'an yang melanda sejak kebelakangan ini. Ada banyak lagi gambar-gambar yang menanti untuk dikongsi kisah-kisahnya...cuma..belum sempat dipaparkan.

Ini adalah gambar Dea di depan restoran sea-food di Shah Alam. Dea pun dah lupa apa nama restoran tu. Yang Dea ingat ianya adalah restoran yang memang famous kat situ. Ala...betul-betul tepi tasik. Hehehe...tgk la muka Dea tu. Memang mengantuk gilerrrr masa tu. Turun je kat Hentian Duta terus adik datang ambil dan kami sekeluarga ke sana untuk makan-makan. Sebab mak dan adik-adik yang lain pun datang ke KL atas beberapa urusan. So...time for family...

Antara makanan yang menjadi hidangan kami pada malam itu ialah steamed fish, butter prawn, ikan siakap 3 rasa, fried asparagus with belacan, sotong goreng tepung dan macam-macam lagi la. Dea pun dah lupa coz hidangan malam tu memang byk. Sesekali dapat berkumpul bersama keluarga.

Yang bertudung putih tu adik pompuan Dea yang bongsu. Baru melangsungkan perkahwinan hujung tahun lepas dan kini sedang berbadan dua. Tak lama lagi Dea akan dapat anak sedara baru. Yang berbaju merah disebelah tu adik lelaki yang bongsu. Masih belajar lagi. Mereka berdua tu memang rapat. Macam belangkas!

Yang ini adik Dea yang ke-empat bersama suaminya. Dia la yang belanja kami makan malam tu.

Yang ni adik Dea yang kedua dengan isterinya. Adik Dea ni kerja di Perodua. Mereka mempunyai 3 orang anak.


Muka-muka kekenyangan
Gambar adik Dea sekeluarga ini diambil sebelum menghantar Dea ke Hentian Duta. Masa ini kami makan di Nando's di One Utama. Sebenarnya adik Dea ni ada seorg lagi anak perempuan tetapi dah meninggal. Tinggallah mereka bertiga.

Appreciation from Eka Fahara...

Wednesday, June 3, 2009

~ Ingatan dari Eka Fahara ~
Jalan-jalan ke blog dia
dpt mesej ni dari dia
betapa dia menghargai kawan-kawannya
walau pun ada yg belum pernah berjumpa
namun...nilai persahabatan tetap utuh dihatinya
Terima kasih ye Kak Eka

Malaysian Speed Test - 10 fast finger

Jalan-jalan ke blog kawan-kawan...terpandang test ini...so aku pun cuba la. Haa...mcm mana? ok tak result aku?

Red Bull Can Give You a Stroke


Just one can of the popular stimulant energy drink Red Bull can increase your risk of heart attack or stroke. The effect was seen even in young people. The caffeine-loaded beverage causes blood to become sticky, a precursor to cardiovascular problems such as stroke.


One hour after drinking Red Bull, your blood system becomes abnormal, as might be expected from a patient with cardiovascular disease. Red Bull is banned in Norway, Uruguay and Denmark because of health risks.


Energy drinks have been popping up all over supermarket and convenience store shelves in recent years, and have overtaken bottled water as the fastest-growing category in the beverage business. No less than 3.5 billion cans of Red Bull were sold last year in 143 countries. Yet questions regarding the safety of Red Bull, as well as other energy drinks, keep cropping up at regular intervals when yet another overzealous energy-addict keels over.


Do Energy Drinks Really Really Live Up to Their Name?
When you break down the contents of one of those eight-ounce cans, the primary ingredients are caffeine and sugar (in the form of glucuronolactone, sucrose and glucose). So the answer is yes, energy drinks will provide you with a quick burst of energy. However, this is not a lasting effect, and drinking several in a row will not turn you into a flying superhero, no matter how hard their sinister marketing geniuses try to convince you otherwise.


According to the official website, Red Bull’s benefits include:
• Improved performance
• Increased concentration and reaction speed
• Increased endurance
• Increased metabolism


However, the effects of this energy drink will be similar to that of drinking a cup of coffee or a can of soda, in that when the effect wears off you'll start feeling lethargic and will likely crave another can (or cup) to boost your energy once again. As many of you likely know, it can become a vicious cycle. According to the article above, the Austria-based company that created Red Bull warns consumers not to drink more than two a day of their wings-in-a-can, but I couldn’t find any references to that fact on Red Bull’s website. Only a statement that said you should compare your consumption to that of coffee, with one can of Red Bull equaling one cup of brewed java.


The problem with that recommendation is the fact that no one really knows the net effect of chugging Red Bull like you would coffee. Coffee has caffeine, yes, but it doesn’t contain all those other artificial and energy-boosting ingredients, including no less than TWO artificial sweeteners (in addition to all the other sugar). Aspartame alone has been shown to have multiple neurotoxic, metabolic, allergenic, fetal, and carcinogenic effects. I don’t believe it is safe for anyone to drink and I wrote an entire book about it called Sweet Deception.


Do Energy Drinks Have Health Benefits?
Nutritionally speaking, energy drinks are comparable to carbonated beverages like soda in that they offer little of value to your body. Yes, there are traces of B vitamins in Red Bull, and it contains the amino acid taurine, but this cannot make up for the detrimental effects of caffeine and sugar. Although caffeine can certainly increase short term reaction speed, one major problem is that no one really knows how the combination of ingredients in Red Bull will affect your body. This is especially concerning since energy drinks are marketed toward people under the age of 30, and are especially popular among students and night clubbers who oftentimes drink several cans at a time.


Who Should Definitely Avoid Energy Drinks?
It is fairly self-evident that children should never consume these kinds of drinks, but due to the detrimental health impact of their contents, it would definitely be wise to avoid energy drinks if you:
• Are pregnant or lactating
• Are sensitive to caffeine
• Suffer from anxiety
• Suffer from high stress
• Suffer from chronic fatigue syndrome
• Have high blood pressure
• Are predisposed to cardiovascular disease
• Have any kind of blood clotting disorder


As lead researcher Scott Willoughby stated, Red Bull can be deadly when combined with stress or high blood pressure, as it can impair proper blood vessel function and raise your risk of blood clots.


Mix With Alcohol for a Potentially Deadly High
Mixing energy drinks with alcohol, which is combining a stimulant with a depressant, has become an increasingly popular occurrence at bars. When mixed with alcohol, drinks like Red Bull are instantly morphed into popular club drinks like "Vodka Bulls" and "Yager Bombs."


The combined effect of these substances is unknown, but researchers say overloading your body with heavy stimulants and heavy depressants could lead to heart failure, and according to previous news stories about fatal outcomes from this deadly mixture, that’s not just a theory.

Countries like France and Denmark banned sales of Red Bull following several reported deaths of people who mixed it with alcohol. The Red Bull brand has even made it into the scientific literature. The journal Medicine, Science, and Law published an article in 2001 on the effects of alcohol and Red Bull combined with yet another stimulant: ephedra. The result? Acute psychosis.


And in this month’s issue of the Journal of the Clinical Autonomic Research Society, an Italian case study reviewed an incident of “postural tachycardia syndrome (POTS) associated with a vasovagal reaction,” recorded in a young volleyball player after an excess intake of Red Bull.


They concluded:
“Considering the widespread use of Red Bull among young people who are often unaware of the drink's drug content, this case report suggests Red Bull be considered a possible cause of orthostatic intolerance.”

Orthostatic intolerance is a condition in which a change from the supine position (laying down) to an upright position causes an abnormally large increase in heart rate (more than a 30 beats per minute increase, or a heart rate greater than 120 beats per minute within 10 minutes of sitting or standing up).


POTS has also been proposed as a mechanism for symptoms of chronic fatigue syndrome, so if you’re suffering from chronic fatigue, drinking energy drinks is likely NOT in your best interest, which is why I included it in the list above.


As for alcohol, I don’t recommend drinking it at all. It is well established that alcohol is a neurotoxin, which means it can poison your brain. You also need to be aware that consuming large amounts of alcohol -- even wine -- will increase your insulin levels, thereby accelerating your risk of diabetes and other chronic diseases.


How to Increase Your Energy Without Energy Drinks
If you’re drinking energy drinks for the reason most people do -- to get more energy – knowthat there are far superior options than artificial energy drinks. Humans are not naturally sluggish or constantly tired. This lethargic state is something that many of us have brought on ourselves.


Your lack of energy is likely due to a combination of factors including:
• Poor food choices
• Low-quality food
• Stressful lifestyle
• Negative emotions
• Lack of sleep
• Lack of exercise


Increasing your energy levels, then, is as easy as remedying these factors by:
• Eating right for your nutritional type
• Increasing your intake of omega-3 fats
• Eliminating grains and sugars from your diet
• Releasing emotional stress and negativity with the Emotional Freedom


Technique (EFT)
• Sleeping when you’re tired
• Exercising

Pengumuman...

Tuesday, June 2, 2009

Pengumuman!
Msjbox dah boleh beroperasi seperti biasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...