Wednesday, August 12, 2009

Team KNF ber"KEJAR" di BELUM...

Emmmm...dah bersawang benor rumah ni. maklumlah...tuan rumah byk sgt kejenye...hehehehe. ada yg rindu tak ni? sebenarnya...sibuk juga ni tp xnak la simpan cerita ni lama-lama. nanti dah basi..xde sapa nak baca...citer yg Dea nak cerita ni ttg trip memancing yg group KNF adakan di Taman Negeri Royal BELUM awal Ogos baru2 ni...Trip tu diadakan pada Ist to 3rd August.

Pemandangan di sana...




Sepanjang perjalanan ke destinasi...terserempak dengan komuniti orang asli....


Destinasi yg kami tuju...2 jam perjalanan dari jeti Tasik Banding. Orang situ cakap..ni lah lubuk KELAH....emmmm...nanti kita tgk hasilnya ye....


Antara hasil tangkapan...gambo dibawah ni adalah tuan rumah KNF...
inilah Papa Mafia
yang dia dapat tu...ikan toman...


yang ni plak ikan kelah...hahaha...dah digulaikan dengan tempoyak....


ini plak geng2 yang ber"KEJAR" di Sg Kejar, Taman Negeri Royal BELUM...

Sebenarnya...byk lagi gambo-gambo dlm simpanan. Nanti terlebih panjang lak entry ni...
Anyway...sapa-sapa yg minat memancing tu...dan rasa teringin nak memburu kelah ke....toman ke...leh ler inform Dea ye....harga boleh dirunding. So...jumpa lagi.

Tuesday, July 28, 2009

Teman-teman blogger...

kepada semua teman-teman blogger...
seribu kemaafan Dea pohon
kerana telah lama tidak menjenguk kalian
bertanya khabar...
berkongsi cerita...
sesungguhnya kesibukan waktu ini
membataskan ruang waktu di sini
terima kasih kpd teman2
yang sudi menitipkan khabar
dan pelbagai tanda ingatan
tidak sempat Dea lunaskan
harap teman2 mengerti
namun...kalian sentiasa di hati

Thursday, July 16, 2009

Terima kasih Lia...

Tengok tak kek kat sebelah tu? Comel kan? Kek tu Dea dapat dari Lia. Susah payah dia buatkan untuk Dea...terima kasih banyak-banyak Lia. Terima kasih juga Kak Dea ucapkan dia atas ucapan dan ingatan Lia pada akak.

Kak Dea harap... persahabatan kita akan tetap kekal manis dan comel selalu. Kan Lia? Emmmm... bila nak datang Penang lagi? Amacam 'projek resia'? Semoga Lia sentiasa disinari kejayaan...Amin.

Tuesday, July 14, 2009

Today is my birthday!

Terima kasih...
Dea ucapkan buat semua teman-teman di atas semua ucapan
yang telah diberikan.
Ucapan dan ingatan kalian amatlah Dea hargai.
Wahhh...dah bertambah umur Dea ye.
Rasa macam baru semalam meninggalkan zaman sekolah.
Huhuhu...rindunya saat-saat "kenakalan" dulu.
So...di atas ingatan kawan-kawan,
Dea nak hadiahkan kek ini sebagai balasan.
Ambil dan letak kat blog masing-masing ye...


Tuesday, July 7, 2009

Maaf...

Lama dah rasanya aku tak meluahkan sesuatu di sini. Aku juga tiada masa untuk diri sendiri. Sibuk dengan pelbagai urusan di tempat kerja dan juga di rumah. Mental dan fizikal juga kebelakangan ini agak lesu. Maaflah kawan-kawan. Tiada kesempatan hendak menjenguk kalian dan bertanya khabar. Rindu pada kalian senantiasa membara cuma tiada kesempatan untuk meluahkan. Semoga kalian sentiasa berada dalam keadaan sejahtera. Salam sayang buat semua.

Tuesday, June 30, 2009

Irfan makan ice-cream!





"eh... eh... Irfan sedang buat apa tu???!!!"

"ohhhh... Irfan makan ice-cream ye..."


tgk lah gelagat anak Dea tu... seronok dia dapat menikmati mini cornetto tu. nak tahu kenapa dia berkelakuan demikian? hahahaha... sbnrnya kami sedang mengusik dia. kami pura-pura minta sikit ice-cream yg sedang dimakannya itu. tgklah... punya la kedekut. sanggup dia memandang ke arah lain. itulah Irfan. dah mula pandai menjadi kedekut... hehehehe.

Monday, June 29, 2009

Jawapan Yang Pasti - Eka Fahara

Aku baru sahaja habis membaca buku Jawapan Yang Pasti hasil nukilan Eka Fahara. Buku ini aku beli secara online dari blog Eka Fahara beberapa minggu lepas. Yang bestnya... aku juga dapat cenderahati daripada penulis itu dan buku yang aku beli siap dengan coretan dan tandatangan dari Eka Fahara. Bertuah rasanya badan... hehehe

Komen ku...
Cerita yang ditulis dan digambarkan oleh penulis dalam buku ini memang menarik dan bagus. Cerita dan idea lain daripada yang lain. Ada beberapa ketika... kita tak boleh nak menjangka perjalanan cerita yang seterusnya. Memang menarik! Satu lagi koleksi yang amat menarik untuk dimiliki.

"Magical Template" designed by Blogger Buster