Hujung minggu...aku dan Mr.Hubby meluangkan masa bersama anak-anak di Pantai Merdeka. Cadangnya kami nak ke sana pada hari Sabtu tetapi memandangkan kami ada jemputan kenduri kahwin, maka terpaksa di tunda ke hari Ahad.
Kami bertolak ke Pantai Merdeka selepas zohor. Saja nak berlama-lama di sana. Sampai di sana lebih kurang pukul 3.00 ptg. Cuaca memang panas. Walau pun panas...org memang ramai di sana. Di mana ada je tempat teduh...adalah penghuninya. Maaf la sebab tak dapat nak 'klik-klik' sepanjang kami di sana. Tak sedar kamera kehabisan bateri. Bateri spare pun...lupa nak bawa.
So...kami pun mencari tempat yg sesuai. Mr.Hubby pun membentang tikar yg kami bawa. Aku pun meletakkan bekalan makanan yang kami bawa. Sekadar rojak buah dan keropok goreng. Anak-anak terus bising nak turun mandi dan bermain di pantai. Mr.Hubby tak bagi mereka mandi lagi coz cuaca terlalu panas so kami bersantai-santai sambil makan rojak buah. Anak dara aku Afina merengek-rengek nak makan aiskrim. Selepas itu, kami menikmati aiskrim pula.
Aku pula...sambil-sambil lepak...aku capai novel Syurga Di Hati hasil nukilan Fatin Nabila. Novel yg kubeli sebulan lepas...masih belum di baca. Sempat aku menghabiskan novel sepanjang aku berada di sana sambil baring-baring di sebelah Mr.Hubby dan anak-anak.
Selepas sembahyang Asar di surau berdekatan...Mr.Hubby membenarkan anak-anak bermain dan mandi-manda di pantai kerana cuaca pun dah agak kurang panas. Meloncat-loncat anak-anak ku menjerit keriangan. Aku menyambung kembali pembacaan ku sambil berbual-bual ngan Mr.Hubby. Sudahnya...aku yg bercakap sorang-sorang. Mr.Hubby dah lena disebelah ku.
Kami berangkat pulang setelah selesai menunaikan Maghrib. Sepanjang perjalanan...mmg banyak kenderaan yang lalu lalang di jalan raya. Kedai-kedai makan pun gemerlapan dgn cahaya. Sana sini penuh dengan pengunjung. Kami berhenti makan di restoran kegemaran. Memang kami enjoy the food bila ke sana. Steak yg dijual memang setaraf dengan hotel. Harga memang boleh tahan. Selepas makan...kami terus balik. Maklumlah...penat sangat rasanya.
2 Teman Berbicara:
Salam Dea Sara,
Pantai Merdeka mengingatkan akak satu peristiwa melucukan sama kunjungan akak di sana pada tahun 2008. Kisah itu akak abadikan di dalam novel akak 'Belahan Jiwa' dan part Kak Jah itu adalah akak he3x kalau bercerita balik ngan anak-anak tak kering gusi dibuatnya...
Dhea dok mana? belah2 kedah yer?
Post a Comment