PROMOSI! PROMOSI! PROMOSI!

Gulahati Boutique

‎+ Welcome to Gulahati Boutique!
+ Your online shopping source with lots of scarves to choose from!
+ We hope you will love our items as much as we do.
+ Gulahati team will try our very best to meet your expectations.
+ We are very happy to have you as our customers.
+ Do visit us at our main blog at Gulahati Boutique

Balik kampung!

Friday, May 29, 2009

Yea...yea...yea...
Esok nak balik kampung!
meraikan sepupu yg nak berkahwin
haaa...mesti kembung perut ku lagi
makan lauk kenduri
jemputan kenduri lak tu byk
hari ahad lagi
huaaaahahaha
mcm tu la kalau dah tiba cuti sekolah
jemputan kenduri berderet-deret
tak tunjuk muka...dikata sombong
maklumlah...dok oversea...jauh tu....
hahahahaha
selamat bercuti ye...
hati-hati di jalan raya
ingatlah orang yang tersayang



Irfan...at the beach...

Thursday, May 28, 2009




Lihatlah...betapa gembiranya Irfan bermain pasir di pantai. Anak teruna ku ini memang jarang-jarang keluar rumah...maklum lah...anak kesayangan. Alasan...kecik lagi...hehehe. Sesekali dpt bebas mcm ni...he's really enjoy his free time at the beach!

Cerita hari ini...

Wednesday, May 27, 2009

Hari ini aku rasa 'kosong'. Aku pun tak tahu apa yang aku rasa. Feeling lost! Cuma kebelakangan ini aku badan terasa letih dan lesu. Maklumlah...sejak beberapa hari ini cuaca agak panas. Tidur ku pun tidak lena. Satu-satunya anak dara ku pula demam. Minta di manja.

Maklumlah...dia lah satu-satunya anak perempuan ku. Kuat merajuk pula tu. Selalunya...dia akan tidur sendiri di biliknya. Bila demam je...merengek nak tidur di celah ketiak ibu dan ayahnya. Boleh pula dia tidur lena sampai pagi. Aduhaiiiiii....

Kebelakangan ini juga...aku kurang berpeluang 'memanjakan' diri ku. Banyak sangat perkara yang membelenggu fikiran. "Project X" yang aku usahakan pun masih tertangguh. Maaf ye kawan-kawan. Aku masih belum boleh bercerita tentang projek yang aku usahakan itu. Suatu hari nanti...akan aku kongsikan di sini.

Cuti sekolah pun hampir menjelang tiba. Apa rancangan? Mesti banyak jemputan kenduri yang hendak dihadiri kan? Aku pun tidak ketinggalan. So...hujung minggu ni aku akan berada di kampung ku di Perak. Mesti "kembung perut" ku dengan lauk-lauk kenduri...hahahaha. Harap-harap tak cirit lepas tu. So...welcome holiday!

I'm already a member of....

Tuesday, May 26, 2009

Where Moms Unite

...if you're a mother, let join! It's full of knowledge and fun...

Payroll closing!

Monday, May 25, 2009

Aduhhh...penat badan hari wehhhh. Maklumlah hari ni Dea bertungkus lumus megira, memeriksa dan menyiapkan report gaji pekerja sebelum dihantar ke bghn payroll. Dah berpinau-pinau mata Dea nih. Badan pun dah mula lenguh-lenguh sbb dr pagi tadi Dea dok ngadap PC ni. Selagi tak siap...tak boleh balik. Aduhhh...letihnya. Setakat ini dah 70% siap...hehehe...masih sempat nak menyelit, mengintai dan masukkan entry dlm blog Dea ni.

Salam kenal dan terima kasih Dea ucapkan pada yang baru menjenguk blog Dea yang tak seberapa ni. Harap-harap kita akan terus bersama di dunia blogging ini sambil mengeratkan tali silaturrahim antara kita. Ramai kawan...banyaklah pengetahuan yg kita dapat nanti. Betul tak?

Pada yang dah mengenali Dea...terima kasih kerana masih sudi menjenguk ke sini walau pun kebelakangan ini Dea bz dengan tugas2 seharian. Banyak lagi cerita-cerita yg nak dikongsi bersama namun masa amat terbatas buat Dea masa ini. Harap bersabar ye.

Ok lah semua...Dea nak sambung semula report ni...huhuhu...walau pun mata dah berpinau...tetap kena habiskan. Selamat malam kawan-kawan...mmmuuuaaahhhhh. See ya.

I'm sick!

Saturday, May 23, 2009


I'm sick!
Annoying!
with the human behaviour
berpura-pura bagus
but nothing!

Cemburu!
Dengki!
Perasan!
Hampas!

Pelik aku dgn perangai org begini
tak boleh menerima kekurangan diri.
Sepatutnya bersyukur dgn diri sendiri
tapi still nak expose diri yg tak seberapa tu.

To all my blogger's friend...

Friday, May 22, 2009

Dear all my blogger's friend
I love you all so much!
forever and ever...

Hope you all have a great weekend!
Miss u all!

(Sorry...I'm quite busy this few day...)


HONOR vs Disrespect

Wednesday, May 20, 2009

HONOR is best demonstrated at home!

Why is it so difficult to get along with family members? It is easy to look and act my best when I'm in the office but when why is it when I get home - that's when the irritation starts?! Why am I nicer to outsiders compared to my family members? What a paradox!

When staying under the same roof, we see each other for who we really are (warts and all) - here's where the character quality of HONOR proves itself. Am I willing to treat each person with dignity regardless of personal gain? Do I see beyond my sibling's weaknesses and embrace his or her personal worth? What about my parents? They need my HONOR more as they age.

The home is an ideal training ground for character building. I am of the personal conviction that if my family life is in order, my work life will also be in order. Start treating those at home right with HONOR and you will be surprised at your own personal growth when faced with relationship challenges at work!

Five Keys to Building HONOR
1. Look BeyondRespect the person, regardless of the disposition..
2. Respect AuthorityMake sure your attitudes reflect respect for the principles of authority and order..
3. Heed the CallUnderstand others, and invest your whole effort in each relationship and assignment..
4. Remember Your EldersHonor those who have gone before you, particularly those to whom you can personally express your gratitude..
5. Value CharacterHonor others for their character, not for their wealth or social status.

HONOR on the Job ...
* Overlook annoying mannerisms or habits and identify ways you can help coworkers grow and succeed.
* Treat your immediate supervisor with the same respect you would give the president of your organization.
* Avoid making light of your coworkers, their contributions, or their ideas. You never know from whom you may learn something.
* Even though you may dislike an authority, respect the principle of authority and the importance of order.
* Give leaders room to make decisions, and defer to their positions.
* Keep parents or mentors informed about your life. Tell them how you are applying the lessons they taught you.
* Remember others' birthdays, holidays, and anniversaries.

Why is HONOR Important?
1. Brings Greater OpportunitiesIf you learn to understand and deal with people, your authorities will place greater confidence in your ability to accomplish goals and create a positive environment for others..
2. Earns a HearingGood manners communicate your esteem for others and give others a good reason to listen when you speak..
3. Strengthens ConnectionsLoyalty to a wise authority will make him or her more willing to offer sound advice and supply important connections.. Builds an Atmosphere of HarmonyAs you habitually honor others, your example reinforces a positive atmosphere where individuals feel valued and where conflicts are handled constructively.

Komen pembaca...

Tuesday, May 19, 2009

Aku baru selesai membaca novel-novel ini pada minggu yang lalu walaupun dah terperuk lama dalam 'library' di bilik tidur ku. Sampaikan Mr.Hubby pun dah menegur bila aku nak memulakan ekspedisi minda ku. Hehehe...Mr.Hubby tu bukannya apa. Aku kalau pasal membeli novel dan majalah mmg suka malah aku memperuntukkan hampir RM100 setiap bulan untuk mendapatkannya. Dan aku akan memenuhkan ruang kecil di bilikku yang aku anggap sbg 'library' itu. Dan ada satu ruang yang aku labelkan sbg 'belum dibaca'. Selalunya ruang itu yang akan menjadi perhatian Mr.Hubby....hahahaha...sebabnya aku asyik menambah buku-buku baru disitu. Malah ada yg belum dibuka pembalut pun. Cuma...tak semua isi 'library' tu aku paparkan disini. Sebagai ibu, isteri dan wanita...aku terpaksa mencuri sedikit masa utk menyediakan ruang utk memenuhi minat ku yang satu ini. Itulah antara sebab mengapa 'library' kecil itu lambat dikosongkan. Sekarang aku nak bercerita ttg novel dibawah.

Novel ini memang menarik. Seperti biasa karya Norhayati Berahim memang mantap dan meletup. Gaya penceritaan yang mampu membawa kita bersama-sama menjadi Wardina. Ego lelaki juga dipaparkan dengan baik sekali. Juga membawa kita bersama meneroka lokasi-lokasi yang digambarkan sehingga kita terasa berada bersama-sama watak tersebut.

Novel ini juga menarik. Cinta yang tulus dan suci berjaya digarapkan dengan baik sekali. Persoalan cinta membawa kepada rahsia-rahsia yang tersimpan setelah sekian lama.

Syabas kepada kedua-dua penulis hebat ini.

Bagaimana menghilangkan marah.....

Friday, May 15, 2009

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.
Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair : "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau". Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita.
Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab :
" Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim". Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.
Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.
Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.
Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.
Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insya Allah kemarahan akan mulai reda.
Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.
Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.
Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara...meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. Berbanyak-kanlah..beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.

Forgiveness : Lessons for the Family

Thursday, May 14, 2009

A shepherd is responsible to care for and protect his sheep. Sheep are dependent animals and must be shown what to eat, where to drink and where to rest. They must also be protected from predators. Many times this task is difficult, because sheep are prone to wander and stray from the flock.

Similarly, as a parent - the character quality of FORGIVENESS - "clearing the record of those who have wronged me and not holding a grudge." is so necessary in order for me to be an effective and loving father. How can I practice forgiveness at home as both a father and husband?

* Learn to use my ears more than my mouth. Find out more about the other person's needs before imposing my own.
* Discipline my kids in love and not in anger. Making sure that each correction is concluded with a sense of forgiveness (not bitterness and anger).
* Be transparent to share feelings. Keeping it bottled inside only delays the eruption, not resolved it.
* When confronted with rude words, I must deliberately respond with a kind voice instead. The one who controls his spirit is better than one who controls a city.


Why is forgiveness important? I guess it is because I need the forgiveness of others as well! Just knowing the fact that I am not perfect should cause me to be willing to extend forgiveness as I have received it.

Jawapan hati atau jawapan yang pasti?

Wednesday, May 13, 2009

Melawat blog Kak Eka pg ni tertarik dgn posting yg bertajuk FANTASIA BULAN MADU. Yg lebih menarik minat Dea ialah pd ayat ini......"Jawapan Yang Pasti hanya ada dihati!" Kenapa ya?

Terlihat pula msg Kak Eka di chat box bertanyakan Dea..."seandainya Dea diberi pilihan, Dea nak jawapan hati atau jawapan yg pasti?" Aduhhhhh...memang berat soalan Kak Eka ni tetapi menarik untuk diperkatakan. Apa jawapan anda?

Emmmm...Dea rasa apa pun jawapannya...bergantung kepada keadaan. Keadaan akan memberi kita pilihan untuk kita membuat pilihan...(apa yg aku ckp ni? hehehe). Sesetengah perkara memerlukan kita menggunakan gerak hati untuk kita mendapat jawapan. Dan juga...ada sesetengah perkara membuatkan kita memerlukan jawapan yg pasti. Itu semua sebagai panduan kepada kita untuk tindakan kita seterusnya. (adussss...mcm berbelit je ayat aku ni).

Apa jawapan anda? Kalu sudi...berikan komen anda.

TAG dr Mummy Hannan dan Fatin Nabila

Tuesday, May 12, 2009

Adoiiiii...masuk je opis pg ni..terus buka PC. Terus klik kat blog. Terima satu pesanan dari Fatin Nabila..."Anda di tag, sila ke blog saya". Hehehehe...sy terkena lg. Tag dr Mummy Hannan dan Ida SM pun masih terhutang. So...memandangkan bos pun outstation hari ni so Dea pun ambil keputusan menjawab tag di bwh dulu. Firstly...Dea nak jawab tag dr Mummy Hannan yg tertunggak sejak 16th April 2009 lg...here we go...

Tag dr Mummy Hannan :
1. Nama timangan + family
nama timangan family adalah kak yong...Dea kan anak sulong. Dikalangan saudara mara ada yg panggil yong dan ada yg panggil nama je.
2. Anda seorang yang ......
agak kelakar, agak sensitif, suka berkawan dan ingin mengenali sesiapa saja, emmm...sapa yg mengenali Dea tentu tahu kan Dea mcm mana.
3. Insan istimewa dan kenapa dia teramat istimewa
suami dan anak-anak...kenapa? kerana mereka telah melengkapkan hidup Dea.
4. Lagu kesukaan sekarang
* Seribu tahun takkan mungkin - BPR
* I don't wanna miss a thing - Aerosmith
* Dealova - Once
* Matahari - Agnes Monica
5. Warna kegemaran
putih, biru, hitam dan sejak kebelakangan ini...suka warna hijau la pulak...hehehe
6. Benda wajib dlm handbag
Purse (ada Mykad, discount card, kredit kad...dan mcm2 kad la), pen, diari kecil, lipstik, eye-liner, compact powder dll.
7. Kali terakhir nangis
bbrp minggu lepas...

Haaa...skrg Dea nak jawab tag dr Fatin Nabila lak...senang sket yang ini.

Tag dr Fatin Nabila :

10 Facts About Me
1. Suka berangan...hehehe...actually bukan berangan sgt pun...memikirkan masa depan.
2. Suka membaca...koleksi dah byk...byk lg plastik yg belum dibuka..hehehe...baru berpeluang memanjakan diri...
3. Agak kelakar...ermmm...boleh diterima ke?
4. Suka bersantai or chit-chat ngan kwn2
5. Sentiasa ingin luangkan masa bersama keluarga...terutama berdua ngan Mr.Hubby
6. Suka mencuba sesuatu yang baru
7. Suka mengembara ke blog2 masakan w/pun tak terer memasak. Hehehe...at least..ada resipi yg simple...boleh cuba kan...
8. Berangan-angan nak jadi businesswoman. Entah bila nak tercapai...modal pun xde.
9. Berangan2 juga nak jadi penulis novel...tapi...kurang keyakinan diri dan tak tahu di mana nak bermula.
10. Dah berapa lama dah nak kuruskan badan...hahaha...tak pernah menjadi...dah anak 3 pun.

Emmm...dah lega sket rasanya...2 tag dah dijawab. Cuma tinggal tag dari IdaSM dan Ummi Rosma. Rasanya dah ramai yg menjawab tag ini so Dea rasa takde sesape yg Dea nak tag. Sesiapa yg dtg ke blog ini...kalau rasa nak jawab...adalah di alukan.

Uhhhh...!

Monday, May 11, 2009

no mood!
no idea!

Lupa!!!

Friday, May 8, 2009

Aduhhhhh...aku lupa lagi
lupa nak buat payment utk

HAPPY MOTHER'S DAY!

Thursday, May 7, 2009

Glitter Graphics

Glitter Graphics

Glitter Graphics

Attention to all Mother Blogger's!

Welcome!

I would like to wish u all HAPPY MOTHER'S DAY!
Jangan segan-segan
Bawa balik award penghargaan ini ke blog anda
Semoga anda akan lebih ceria dan gembira
SELAMAT HARI IBU

Emmmm...nak cerita apa ye?

Hai...entah lah. Minda ku betul2 tumpul kala ini. Tak tahu apa yg hendak di coret. Idea hilang terus. Jari-jemari terasa ingin menari...tapi...minda ku beku. Emmmm....



Yesterday...terima call dari Mr.Hubby. Aduhhhh...demam pula dia. Berkurung je dlm bilik hotel. Nak tidur katanya. Kepala sakit sangat. Rindunya aku kat dia. Actually, Mr.Hubby ada di Alor Setar, Kedah. Dia terlibat dengan Hari Bomba Malaysia yg berlangsung dari 4 Mei 09 hingga 8 Mei 09. Dia mengambil bahagian dalam Kawad Operasi Menyelamat Di Air. Tahun lepas group Penang menjadi Juara dlm acara ini. Tahun ni...belum dengar cerita apa-apa lagi....

Malam tadi...selepas sembahyang Maghrib...aku terasa nak mengemas rak buku kecil di sudut katil di bilik ku. Macam2 yg aku jumpa termasuklah brg2 Mr.Hubby. Macam2 benda yg dia selitkan di situ. Bila nak guna nanti...mula lah ke sana sini mencari. Bila tak jumpa...mula la mengacau bini. Bila bini cakap lebih sket...ayat maut pun keluar lah..."itulah gunanya berbini"...hahahaha. Selalunya aku gelak sakan bila Mr.Hubby guna ayat ini.




Selepas itu, aku mula mencapai novel Syair Cinta karya Intan Arnida....sambil2 aku menonton Tv dan membantu anak-anak membuat kerja sekolah mereka. Baru beberapa bab aku baca dan kesimpulan aku...ceritanya menarik!

Pagi ini aku bangun dengan malasnya. Rasa mengantuk masih menguasai diri. Sampai opis...buka PC...tengok apa task for today and.....time to work!

How VIRTUOUS are you?

Tuesday, May 5, 2009


* Do people apologize for profanity or rudeness when you are around?
* Do others ask you for counsel for the problems they are facing in their lives?
* Do others want to follow your example of leadership?
* Do you have the inner strength to conquer bad habits?
* Do others tell you how you have helped them in their weaknesses and cause them to grow?
* Do you respond positively to times of suffering and challenges?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...