PROMOSI! PROMOSI! PROMOSI!

Gulahati Boutique

‎+ Welcome to Gulahati Boutique!
+ Your online shopping source with lots of scarves to choose from!
+ We hope you will love our items as much as we do.
+ Gulahati team will try our very best to meet your expectations.
+ We are very happy to have you as our customers.
+ Do visit us at our main blog at Gulahati Boutique

Komen pembaca...

Tuesday, May 19, 2009

Aku baru selesai membaca novel-novel ini pada minggu yang lalu walaupun dah terperuk lama dalam 'library' di bilik tidur ku. Sampaikan Mr.Hubby pun dah menegur bila aku nak memulakan ekspedisi minda ku. Hehehe...Mr.Hubby tu bukannya apa. Aku kalau pasal membeli novel dan majalah mmg suka malah aku memperuntukkan hampir RM100 setiap bulan untuk mendapatkannya. Dan aku akan memenuhkan ruang kecil di bilikku yang aku anggap sbg 'library' itu. Dan ada satu ruang yang aku labelkan sbg 'belum dibaca'. Selalunya ruang itu yang akan menjadi perhatian Mr.Hubby....hahahaha...sebabnya aku asyik menambah buku-buku baru disitu. Malah ada yg belum dibuka pembalut pun. Cuma...tak semua isi 'library' tu aku paparkan disini. Sebagai ibu, isteri dan wanita...aku terpaksa mencuri sedikit masa utk menyediakan ruang utk memenuhi minat ku yang satu ini. Itulah antara sebab mengapa 'library' kecil itu lambat dikosongkan. Sekarang aku nak bercerita ttg novel dibawah.

Novel ini memang menarik. Seperti biasa karya Norhayati Berahim memang mantap dan meletup. Gaya penceritaan yang mampu membawa kita bersama-sama menjadi Wardina. Ego lelaki juga dipaparkan dengan baik sekali. Juga membawa kita bersama meneroka lokasi-lokasi yang digambarkan sehingga kita terasa berada bersama-sama watak tersebut.

Novel ini juga menarik. Cinta yang tulus dan suci berjaya digarapkan dengan baik sekali. Persoalan cinta membawa kepada rahsia-rahsia yang tersimpan setelah sekian lama.

Syabas kepada kedua-dua penulis hebat ini.

5 Teman Berbicara:

Tukang cerita said...

Dulu layan juga baca novel...
skrg dh tak smpat...
:)

kujie said...

dah tak baca novel skrg ni..bertukar kepada yg lebih berat..umur dah bertambah dea ooi...dah tua dah aku ni.


novel yg ada tu...sikit2 dah hilang...wakaf dekat anak2 sedara..zaman remaja dia org .

idasm said...

ida belum baca lagi kembalikan cintaku...
minggu lepas baru khatam setiap jumaat... hehe..

Dea Sara said...

to Nurul...
baru skang dpt manjakan diri...

to Kujie...
hehehe...bhn2 ilmiah pun memenuhi library kecik tu...xnak la paparkan disini...tu la sbbnya byk yg dok berbungkus plastik lg...tggu giliran nak baca...hehe

to Ida...
bznya businesswoman ni...faham Ida..hehehe

Anonymous said...

suka bc novel ye...samalh...kita kongsi minat yg sama nmpknya...:)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...