PROMOSI! PROMOSI! PROMOSI!

Gulahati Boutique

‎+ Welcome to Gulahati Boutique!
+ Your online shopping source with lots of scarves to choose from!
+ We hope you will love our items as much as we do.
+ Gulahati team will try our very best to meet your expectations.
+ We are very happy to have you as our customers.
+ Do visit us at our main blog at Gulahati Boutique

Emmmm...nak cerita apa ye?

Thursday, May 7, 2009

Hai...entah lah. Minda ku betul2 tumpul kala ini. Tak tahu apa yg hendak di coret. Idea hilang terus. Jari-jemari terasa ingin menari...tapi...minda ku beku. Emmmm....



Yesterday...terima call dari Mr.Hubby. Aduhhhh...demam pula dia. Berkurung je dlm bilik hotel. Nak tidur katanya. Kepala sakit sangat. Rindunya aku kat dia. Actually, Mr.Hubby ada di Alor Setar, Kedah. Dia terlibat dengan Hari Bomba Malaysia yg berlangsung dari 4 Mei 09 hingga 8 Mei 09. Dia mengambil bahagian dalam Kawad Operasi Menyelamat Di Air. Tahun lepas group Penang menjadi Juara dlm acara ini. Tahun ni...belum dengar cerita apa-apa lagi....

Malam tadi...selepas sembahyang Maghrib...aku terasa nak mengemas rak buku kecil di sudut katil di bilik ku. Macam2 yg aku jumpa termasuklah brg2 Mr.Hubby. Macam2 benda yg dia selitkan di situ. Bila nak guna nanti...mula lah ke sana sini mencari. Bila tak jumpa...mula la mengacau bini. Bila bini cakap lebih sket...ayat maut pun keluar lah..."itulah gunanya berbini"...hahahaha. Selalunya aku gelak sakan bila Mr.Hubby guna ayat ini.




Selepas itu, aku mula mencapai novel Syair Cinta karya Intan Arnida....sambil2 aku menonton Tv dan membantu anak-anak membuat kerja sekolah mereka. Baru beberapa bab aku baca dan kesimpulan aku...ceritanya menarik!

Pagi ini aku bangun dengan malasnya. Rasa mengantuk masih menguasai diri. Sampai opis...buka PC...tengok apa task for today and.....time to work!

1 Teman Berbicara:

Mutiara Kasih said...

kak dea .. sama lah kalau hilang barang bini kena cari satu rumah ... rindu itu sentiasa membuatkan kita .. terasa indah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...