PROMOSI! PROMOSI! PROMOSI!

Gulahati Boutique

‎+ Welcome to Gulahati Boutique!
+ Your online shopping source with lots of scarves to choose from!
+ We hope you will love our items as much as we do.
+ Gulahati team will try our very best to meet your expectations.
+ We are very happy to have you as our customers.
+ Do visit us at our main blog at Gulahati Boutique

Cerita hari ini...

Wednesday, May 27, 2009

Hari ini aku rasa 'kosong'. Aku pun tak tahu apa yang aku rasa. Feeling lost! Cuma kebelakangan ini aku badan terasa letih dan lesu. Maklumlah...sejak beberapa hari ini cuaca agak panas. Tidur ku pun tidak lena. Satu-satunya anak dara ku pula demam. Minta di manja.

Maklumlah...dia lah satu-satunya anak perempuan ku. Kuat merajuk pula tu. Selalunya...dia akan tidur sendiri di biliknya. Bila demam je...merengek nak tidur di celah ketiak ibu dan ayahnya. Boleh pula dia tidur lena sampai pagi. Aduhaiiiiii....

Kebelakangan ini juga...aku kurang berpeluang 'memanjakan' diri ku. Banyak sangat perkara yang membelenggu fikiran. "Project X" yang aku usahakan pun masih tertangguh. Maaf ye kawan-kawan. Aku masih belum boleh bercerita tentang projek yang aku usahakan itu. Suatu hari nanti...akan aku kongsikan di sini.

Cuti sekolah pun hampir menjelang tiba. Apa rancangan? Mesti banyak jemputan kenduri yang hendak dihadiri kan? Aku pun tidak ketinggalan. So...hujung minggu ni aku akan berada di kampung ku di Perak. Mesti "kembung perut" ku dengan lauk-lauk kenduri...hahahaha. Harap-harap tak cirit lepas tu. So...welcome holiday!

5 Teman Berbicara:

kakyong said...

comel nyer anak dara.. dah besor anak2, bestnya.. kira ibu otai lah ni... ;)

Dea Sara said...

lum leh pggl otai lg kak yong...middle age baru..hehehe...baru nak belajar...erk! dah tua ke aku ni..hahahaha

Kujie said...

erk..dh kosong Dea?

cepat la isi balik...hehehe...yg bongsu pun dah besar tu

Dea Sara said...

erk!ko buat aku tercekik la...
letih pun x abis lg ni..hahaha

Mutiara Kasih said...

kak dea .. perak kat mana tu .. erm .. anak dara dah besar irfan pun dah besar .. sesuai tu .. entah - entah projek x tu ... hehehehheh jangan tunggu lagi .. kak ..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...