PROMOSI! PROMOSI! PROMOSI!

Gulahati Boutique

‎+ Welcome to Gulahati Boutique!
+ Your online shopping source with lots of scarves to choose from!
+ We hope you will love our items as much as we do.
+ Gulahati team will try our very best to meet your expectations.
+ We are very happy to have you as our customers.
+ Do visit us at our main blog at Gulahati Boutique

Selamat Hari Pekerja...Urusan...Cakap-cakap orang...Hutang..

Thursday, April 30, 2009

Wah...esok Public Holiday ye...emmm...apa rancangan anda ye? Mesti ramai di antara kengkawan blogger kita yg nak balik kampung kan? Yg x de kampung tu...mesti dah ada rancangan yag hendak di buat. Maklumlah...bg kebanyakkan comp. swasta...hari ini adalah hari gaji anda...hehehe...pandai-pandai berbelanja ye. Yg keje gomen...awal2 lg dah dpt gaji. Dah abis ker? hahaha...sama la mcm Dea...menghabiskan duit gaji Mr.Hubby. Dia kan keje gomen. Pg td Mr.Hubby dah kenyit2 mata. Agaknya dia perasan kot mem dia terima gaji hari ini...hehehe........
Esok, Dea nak ke Kuala Lumpur atas beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Dea akan stay kat rumah adik di Damansara. Rasa macam nak ke Restoran Beriyani milik IdaSM. Itu pun kalu sempat ye Ida. Tak berani nak janji ye Ida sebab byk urusan yg perlu diselesaikan.
Cakap-cakap orang...kalu nak difikirkan memang sakit kepala. Suka berprasangka. Mereka tak cuba menilai apa masalah kita. Hanya tahu menuduh! Kadangkala prasangka mereka itu boleh kita labelkan sebagai fitnah! Lantak lah apa org nak kata...apa org nak berprasangka...hidup perlu diteruskan. Bila terjadi pada diri sendiri...baru nak buka mata kot. Baru nak sedar diri! Tuhan itu maha adil! Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap dosa ada balasannya. Ingatlah!
Adoiiiiiiii...aku kena tag lagi. Kali ini dari UmmiRosma pula. Sedangkan aku masih berhutang 2 tag dari IdaSM dan Mummy Hannan. Bila nak buat???? Adoiiiiiiiiiiii...sabar ye. Selepas Dea selesaikan beberapa prob ni, Dea akan lunaskan hutang Dea tu. Lepas tu...kita lihat...sapa yang kena....Thanks Dea nak ucapkan pada Leeya atas award tu. Dea dah letak kat list blog Dea. Nak tahu award apa...sila lihat di bawah ye..








Rasanya kawan2 blogger ada yg menyambut Hari Pekerja depan PC. Ye lah...tanggungjawab sosial perlu dilaksanakan. Nanti kesepian pula pengunjung-pengunjung setia blogger yang menanti cerita-cerita terbaru dari pemilik blog. Semoga semua sukses selalu!





Hujung minggu yang mengejutkan!

Wednesday, April 29, 2009

Pelbagai perkara yg menimpa diriku sejak beberapa hari ini. Perkara yg aku sendiri tak terduga terjadi dlm hidup aku. Malah...aku tak pernah terfikirkannya. Tetapi...keluarga tetap keluarga. Mcm mana pun keadaan mereka...kita tak sampai hati nak membiarkan mereka dlm kesusahan.
Dengan tidak menghiraukan keadaan kesihatan tidak memuaskan...aku bergegas ke Kuala Lumpur selepas menerima panggilan dari adik perempuan ku. Lebih kurang jam 3.30 ptg...aku menaiki bas di Jeti Butterworth. Mr.Hubby susah nak melepaskan aku ke sana kerana aku demam tp nak buat mcm mana. Keluarga punya hal. Mr.Hubby pula tak dpt bersama-sama dgn aku kerana dia sedang berkursus dan tidak dibenarkan mengambil cuti. So...terpaksalah aku berseorangan kali ini.
Masuk je border Negeri Selangor, aku telefon adik perempuan ku. Dia minta aku turun kat Restoran Jejantas, Sg Buloh. Aku sampai di situ lebih kurang 09.45 malam. Aku diminta tunggu di Restoran Satay Kajang Hj. Samuri. Sempat juga aku mengalas perut dgn beberapa cucuk sate yg aku order. At last...anak saudara aku yg menghabiskan sate tu sebab aku memang takde selera walau pun aku tak menjamah apa-apa dari pagi. Aku dan adik perempuan ku berbincang tentang masalah yang melanda kami. Selepas itu...kami terus ke Bukit Beruntung...ke rumah adik lelaki ku dan perbincangan diteruskan.
Pada pagi Ahad...kami semua ke Kuala Kubu Bharu untuk menguruskan beberapa perkara di sana. Aku menelefon salah sorg kawan ku bertanyakan sedikit pandangan. Sempat dia memberitahu salah seorg kenalan kami tinggal area situ. Sempat la aku berjumpa dgn kenalan kami tu. Sehinggalah jam menunjukkan angka 2...barulah kami dapat selesaikan beberapa perkara dan ditambah pula dengan beberapa perkara yang makin memberatkan kepala.
Dalam pukul 07.00 malam...aku menaiki bas untuk balik ke Butterworth dan sampai lebih kurang pukul 12.00 malam. Mr.Hubby dah menunggu setelah aku call dia sebelum itu memberitahu kepulangan ku.
Urusan selepas itu...adik perempuan ku yang menguruskan. Sesekali dia akan menelefon aku memberitahu perkembangan dan juga bila dia memerlukan pendapat dari aku. Kasihan juga aku dengan dia. Tapi...nak buat macam mana. Aku stay jauh di Utara.
Alhamdulillah...perkara tersebut sudah tidak memeningkan kepala kami walau pun masih belum selesai sepenuhnya. Dan...sekali lagi...pada 1st May ini aku akan ke sana lagi untuk menyelesaikan beberapa perkara lain. Dan...aku berharap perkara ini dapat diselesaikan.

Maaf...

Tuesday, April 28, 2009

Aku bz dengan pelbagai perkara yang melanda secara tiba-tiba!
Kesihatan pula kurang memberangsangkan
Lalu...dgn berat hati keputusan ini ku ambil
aku perlukan ruang untuk bersendirian seketika
utk menyelesaikan beberapa perkara
Harap maaf!

Arrrgggghhhhh...

Friday, April 24, 2009

I'm sick.
Already 2 days.
But...I have to go to the office bcoz today is payroll cut-off.
I'm still feel not comfortable.
Already taken flu tablet.
Still can't make it.
So...I think I need to see doctor.
But...I feel too tired.
Maybe...I can't see the doctor tonight.
I'm still at my office at this time.
To finish all my jobs.
I want to go back.
To get some rest.
I hope I will sleep tight...tonight.

I'm not feeling well today!

Thursday, April 23, 2009



...Actifast...Lozenges...arrrggghhhh...I don't like it!

8 Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki

Wednesday, April 22, 2009

Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…

Happy Birthday Sayang...

Tuesday, April 21, 2009

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan
Ketika ku bersujud
"Happy birthday sayang. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki buat selamanya. Dan...semoga cinta kita terus utuh dan bersemi buat selamanya. Love u always sayang..."
Nota :
Emmm...nota ini Dea tambah sebab Mr.Hubby suruh Dea menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua yg sudi melayangkan secebis ucapan di hari lahirnya. Dia terasa dihargai oleh kwn2 Dea w/pun dia tidak mengenalinya. Terima kasih semua di atas penghargaan anda. Dia happy sangat.

Self-Reflection

Monday, April 20, 2009

SINCERITY is eagerness to do what is right with transparent motives. In being transparent, there is no better place to start than with evaluating our selves. Change that comes about as a result of self-reflecting will last longer than those which are imposed on us.Here are six question questions for your self-reflection :

1. Are you the same on the outside as you are on the inside?
2. Do you judge others for things that you are guilty of?
3. Do you obey outwardly, yet inwardly resist instruction?
4. Do you do good deeds for the praise of men or out of a sense of right and wrong?
5. Do you try to copy the achievements of others without adopting their character?
5. Are you open to reproof and correction from others?

Doa

Saturday, April 18, 2009

BERDOA adalah otak ibadat. Begitulah besarnya kedudukan doa. Lagi banyak kita minta, lagi disayangi Allah dan ia berbeza dengan manusia, lagi banyak kita minta, lagi banyak kita dimarahi, malah dimaki lagi, “tak ada kerja ke asyik minta saja.”

Doa adalah lambang perhambaan kita dan kita dicipta supaya menjadi hamba-Nya. Berdoa, doa juga, tetapi supaya mudah diterima, kita patut meneliti dan tahu waktu yang sangat mustajab berdoa antaranya:

- Waktu sepertiga malam, iaitu waktu terakhir, ketika orang lain nyenyak tidur. Allah s.w.t berfirman, maksudnya: “Mereka (para muttaqin) sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir malam, mereka memohon ampun (kepada Allah).” (Adz-Dzariyat: 18-19)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit terendah, iaitu ketika sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan untuknya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

- Waktu antara azan dan iqamah, iaitu ketika menunggu solat berjemaah. Sayangnya waktu mustajab ini sering disalahgunakan sesetengah umat Islam yang kurang mengerti sunnah, sehingga diisi dengan hal tidak baik dan tidak dianjurkan Islam, membicarakan urusan dunia yang tidak bernilai ibadat.

- Pada waktu sujud. Iaitu sujud di dalam solat atau sujud lain yang diajarkan Islam seperti sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi.


Dalilnya adalah hadis Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa.” (Hadis riwayat Muslim)

Hadis Ibnu Abbas r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w membuka tabir (ketika baginda sakit), sementara orang ramai sedang berbaris (solat) di belakang Abu Bakar r.a, lalu Rasulullah s.a.w bersabda:

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada lagi daripada mubasysyirat nubuwwah (kabar gembira kenabian) kecuali mimpi baik yang dilihat oleh seorang Muslim atau diperlihatkan untuknya. Ingatlah bahawasanya aku dilarang untuk membaca al-Quran ketika rukuk atau ketika sujud. Adapun di dalam rukuk, agungkanlah Allah dan adapun di dalam sujud, bersungguhlah berdoa, sebab (hal itu) segera dikabulkan bagi kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

- Selepas solat fardu. Iaitu selepas melaksanakan solat wajib lima waktu, termasuk selepas solat Jumaat. Allah berfirman, maksudnya:

“Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan selesai solat.” (Qaaf: 40)

Oleh kerana itu, Imam Syafie dan pengikutnya menjelaskan, dianjurkan bagi imam dan makmumnya serta orang yang solat sendirian memperbanyakkan zikir, wirid dan doa selepas selesai solat fardu.

Dianjurkan membaca doa dengan perlahan kecuali jika makmum belum mengerti, imam boleh menguatkan bacaan agar makmum menirunya. Apabila mereka mengerti, kembalilah secara perlahan.

- Pada waktu khusus, tetapi tidak diketahui dengan pasti batasannya, iaitu satu detik pada setiap malam dan setiap hari Jumaat.

Ini berdasarkan hadis Jabir r.a, dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya di malam hari ada satu saat (yang mustajab), tidak ada seorang Muslim pun yang bertepatan pada waktu itu meminta kepada Allah kebaikan urusan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memberi kepadanya.” (Hadis Riwayat Muslim).

Hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah menyebut hari Jumaat, baginda bersabda:

“Di dalamnya ada satu saat (yang mustajab), tidaklah seorang hamba Muslim yang kebetulan waktu itu sedang mendirikan solat (atau menunggu solat) dan memohon kepada Allah sesuatu (hajat) melainkan Allah pasti mengabulkan permohonannya.”

Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan tangannya akan sedikitnya saat mustajab itu. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Di dalam hadis Muslim dan Abu Daud dijelaskan: “Iaitu waktu antara duduknya imam (khatib) sehingga selesainya solat (Jumaat).” Inilah riwayat yang paling sahih dalam hal ini.

Sementara dalam hadis Abu Daud yang lain, Nabi s.a.w memerintahkan agar kita mencarinya di akhir waktu Asar.

Waktu lain yang mustajab ialah sepertiga akhir malam, ketika hujan turun, waktu awal pagi ketika dengar ayam berkokok, ketika berpuasa, ketika bermusafir, bulan Ramadan dan pada 10 akhir Ramadan.

Telatah Irfan

Friday, April 17, 2009

Gambar ini di ambil oleh suami ku. Waktu ini my hubby tengah melihat gambar2 yg terdapat dlm camera tsbt. Irfan ni apa lagi. Kalau tgk jer kami memegang camera dia pun mesti menyibuk nak jugak tengok. My hubby pun pura-pura tak nak bagi dia tengok. So....apa lagi. Merajuk sakan ler dia ni...hahaha. Tengok lah aksinya kalau apa yg dia hendak tak dpt.




Irfan memang kuat merajuk. Kekadang mengalahkan kakak dia pulak. Tapi...tu lah...gelagat anak-anak ni memang menghiburkan. Tanpa mereka...siapalah kita.

Macaroni Bakar

Thursday, April 16, 2009

Dah tengok kan tajuk posting hari ini? Sebenarnya resipi ni Dea ambil dari Kak Norhayati Berahim. Nampak sedap sangat bila lihat Qaisara makan waktu Kak Yati posting tu.
Di bawah tu adalah bahan-bahan yang telah disediakan oleh Dea.
Makaroni yang telah siap direbus
Sos spaghetti (Prego) dimasak bersama daging cincang
Cheese
Cream for topping


Di bawah ini adalah rupa macaroni yang telah siap di adun dan belum dimasukkan ke dlm microwave. Masa ni anak-anak Dea dah tak sabar nak menunggu ianya di bakar. Masing-masing teruja bila melihat Dea menabur cheese di atasnya.


Haaaa...inilah rupa macaroni yang telah siap di bakar. Amacam??? Ada gaya chef tak? hehehe

Anyway, thanks for Kak Yati kerana telah memberi resipi mudah ni. Memang betul...anak-anak memang sukakan rasanya. Malah...anak-anak sibuk bertanya bila nak buat lagi.
Emmmm...hujung minggu ni rasanya mcm nak buat roti jala. Bukan apa...nmpk comei sgt bila tgk posting Mummy Hannan...Jgn marah ye Leeya...

Cerita hari ini...

Wednesday, April 15, 2009

Salam semua buat kengkawan blogger. Apa khabar anda hari ini? Dea harap semoga semuanya sihat dan ceria selalu.
Kelmarin, Dea tiada di pejabat. Dea ke NEC Job Fair mencari pekerja2 baru untuk mengisi kekosongan jawatan di tempat kerja Dea. Macam-macam kerenah yang kami jumpa di sana. Maklumlah...company nak tutup operasi. Ada di antara mereka yang desperate nak cari kerja. Dea tak dapat nak paparkan kerenah mereka because terlupa nak bawa camera. So...tak dapatlah nak klik..klik..aksi-aksi mereka di sana.
Hari ini pulak...sampai je kat opis...melambak2 dokumen atas meja. Dah la hujan lebat plak pagi ni...hehehe...mengantuk beb! Kalau lah hari ni cuti...for sure Dea masih berbungkus dalam selimut agaknya. Aaahhhh...mana boleh nak layan mengantuk ni lelama...nanti kerja tak terbuat. Dea dah susun semua dokumen2 tu mengikut kepentingan. Layan kerja dulu lah ye...

Kepala ku sakit!!!

Monday, April 13, 2009

Aku tak ada mood nak menulis hari ini. Entah mengapa kepala ku terasa amat sakit. Aku dah telan ubat masa sarapan pagi tadi tapi sakit masih belum berkurangan. Arrrgggghhhh...aku memang tak tahan kalau terkena sakit kepala. Apatah lagi kalau sakit gigi atau sakit perut. Aaarrgghhhhh...tak tahan aku macam ni...

Today's office story...

Friday, April 10, 2009


Nak tahu kenapa aku tersengih lebar ni?????



Nak tahu kenapa aku berdancing ni?????





Nak tahu kenapa tetiba ada party yang ala-ala picnic ni?????
Haaa...sebabnya adalah boss kami cuti!!! So...kami kengkawan satu opis merancang untuk buat something. Ala-ala picnic gitu...Ada yang bawa sandwich. Ada yang bawa rojak buah. Ada yang bawa keropok. Emmm...apa tunggu lagi...kita enjoy!!! Best!!!


Emmm...rasanya cukup lah untuk hari ini. Kalau selalu begini kan...mau bulat badan Dea. Tapi...lagi seronok kalau boss selalu tak ada di opis kan?

Sincerity

SINCERITY is being as genuine on the inside as we appear on the outside. It is about making sure that the label really represents the ingredients! In a world obsessed with bottom line results, the end often justify the means but this is not so .. if SINCERITY is an important character quality for you. A SINCERE individual is not only concern with WHAT is done but also HOW it is done. The motivation is as important as the method.

Five Keys to Building SINCERITY
1. Say What You Mean. Do not allow the methods you use to obscure the message you communicate..
2. Mean What You Say. Make sure the impressions you give others prove to be accurate representations of reality..
3. Practice What You Preach. Put your words into practice. Nothing reveals insincerity like saying one thing and doing another..
4. Do Not Be a Hypocrite. Handle disagreeable feelings carefully, and commit your whole self to what is right..
5. Show Your True Colors. When you express or imply an opinion, make sure it represents your true thoughts and feelings.

SINCERITY on the Job ...
* Do not make agreements you cannot fulfill. Be honest about your priorities, abilities and schedule.
* When asked for your opinion, tactfully state what you believe to be true. Do not mislead with ambiguity.
* Do not worry about appearing consistent. Rather, concentrate on doing what is right and say what is true.
* Do not use friends as a means to attain your own ends. Honor faithfulness and integrity , not connections.
* Base decisions on what is right, not on what others will think. If you are wrong, admit it and make the correction.
* Do not attempt to appear more knowledgeable than you are. False perceptions of your ability often harm more than they benefit.
* Consider carefully the words you use. If you do not use words precisely, you will encounter difficulty communicating clearly.

Why is SINCERITY Important?
1. Builds Respect. To the same degree that people despise hypocrites, they respect those who show sincerity and have integrity..
2. Reinforces Credibility. When others observe your consistent desire to search out the truth and do what is right, they will feel much more confident in trusting your judgment and relying on your responsibility..
3. Helps Address Challenges. Honesty with yourself allows you to address challenges rather than leave them unresolved or attempt to conceal them..
4. Provides Perspective. As you gain experience, you will develop and reinforce habits that will give you the background and insight you need to overcome future challenges and encourage those with similar experiences.

Good Morning!

Thursday, April 9, 2009

Selamat pagi kepada semua teman-teman blogger. Apa khabar anda semua? Dea harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Apa cerita hari ini??? Emmmm...Dea pun tidak akan bercerita panjang hari ini cuma nak share perasaan Dea yang hepi je hari ini.

Dea really in good mood today. Don't know why...maybe I slept well last night. Maklumlah...2...3 hari ni asyik menguap je. Member2 opis pun dah menegur bertanya kenapa...hehehe...perubahan cuaca kot?!!! Hanya aku yang mengerti...

So...hari ni Dea bersemangat nak memulakan kerja. Seperti biasa meja Dea penuh dengan dokumen-dokumen yang perlu dibereskan. Dan Dea berharap Dea dapat menyelesaikan semua kerja-kerja Dea hari ini. Oooopppssss...Si Walinong Sari pun nampak begitu busy hari ini. For you all info...dia adalah teman sekerja Dea...sebelah meja je...hehehehe

Pada semua teman-teman blogger, Dea ucapkan GOOD LUCK in whatever u do today. Hopefully...apa yang anda buat dan lakukan hari ini akan menuju jalan kejayaan.

Disebabkan mood Dea yang teramat baik hari ini...maka Dea nak hadiahkan bunga ini buat semua teman-teman blogger yang Dea kenali dan sudi mengenali Dea. Semoga ikatan persahabatan kita terus kekal dan indah buat selamanya. Rasa terima kasih tidak terhingga buat Kujie kerana dia yang telah memperkenalkan Dea pada dunia blogging. Terima kasih Kujie. So...salam kejayaan buat anda semua...mmmuuuaaahhhh....

Hujung minggu yang membosankan!

Wednesday, April 8, 2009

Aku masih dalam mood yang tak menentu. Perasaan yang bercampur baur. Mungkin masih terkesan dengan "peristiwa" hujung minggu yang aku alami baru-baru ini. Sebenarnya aku bukan nak bercerita tentang perasaan ku yang bercampur baur ini tapi nak menceritakan apa yang berlaku hujung minggu tempohari.

Pada 03.04.2009...selepas kerja aku terus pulang ke kampung di Perak. Tujuan kami pulang ke kampung kerana hendak menghadiri majlis perkahwinan sepupu ku. Dari segi gaya cerita (percakapan melalui telefon dgn sepupu ku itu) nampak macam majlis tu akan berlangsung dengan grand sekali. Maklumlah kahwin dengan anak Datuk. Sepupu ku ini adalah anak bongsu dalam family mak long ku (sebelah emak). Biar ku panggil dia dengan "F" saja.
F ni dulu adalah seorg budak yg sgt gemuk. Pada satu masa...dia diejek2 oleh kwn2 dan ejekan itu telah memberi kesan kepada dia hingga dia berjaya menguruskan badan dia bak seperti model sekarang ni. So...bila dah kurus...langkah kaki pun jadi panjang. So...faham2 jer la. Aku malas nak bercerita lebih-lebih pasal F ni sebab kami memang tak puas hati tentang byk perkara. Bukan setakat aku dan family aku malah sedara mara yang lain. Cukup aku gambarkan dengan pepatah..."kerana mulut, badan binasa".
Berbalik kepada cerita kenduri tersebut. Seperti yang aku ceritakan tadi, majlis itu digambarkan akan berlangsung dengan grand. Ala-ala garden konsep gitu. Untuk khemah makan pengantin dan decoration saja dah RM8000...katanya...and hantaran pun cecah 5 angka. Besar dah jumlah tu untuk orang kampung yang baru kenal dunia...(faham2 jer la).
Kalu ikutkan hati aku, memang aku tak nak balik. Tapi, memikirkan saudara aku pun buat tak tahu je. Majlis diadakan pada sebelah malam hari Sabtu. Maklumlah nak tiru style "org kota". Dari tengahari kami pun membantu dalam persiapan untuk majlis malam tu. Yang membuat kami bengang sangat sebab 'tuan rumah' betul-betul mengharapkan orang yang membuat persiapan dan mereka hanya sambil lewa saja. Bila orang yang bertungkus lumus menolong membuat persiapan bertanya sesuatu...mereka boleh kata tak tahu. Bayangkan apa perasaan korang kalau berada dalam situasi begini. Tentu nak marah kan?
Selepas Asar diadakan majlis akad nikah. Aku malas nak bersama-sama dengan majlis tu so aku terus ke spa merehatkan diri, facial dan bermekap untuk majlis malam tu. Dengar cerita dari adikku...majlis petang itu pun agak kelam kabut. Dah la masa nak sarungkan cincin...cincin tertinggal di bilik atas. Malah pengantin yang kelam kabut yang pergi ambil. F ni memang jenis yang nak control everything. Tetamu dari pihak lelaki ada yang tersenyum sinis.
Sebelah malam...lepas maghrib...majlis hampir nak bermula. Nak tahu apa yang tejadi? Meja makan tetamu dan pengantin masih belum siap dan lengkap. Bayangkanlah! Masa itu lah nak kelam kabut dengan bermacam-macam benda. Aku pun menyinsing lengan baju dan beserta beberapa orang sepupu ku yang lain bergegas buat apa yang patut. Dalam hati..."abis la mekap aku nanti..." Kami membahagikan tugas memandangkan waktu majlis hampir tiba. Para tetamu pun dah tiba dan terus ke khemah yang dikhaskan untuk mengambil makanan. Lagi sekali kelam kabut dibuatnya. Takde org nak serve makanan. Para tetamu main cedok je lauk-pauk macam gunung dalam pinggan. Adussss...dalam hati perasaan marah, geram dan sakit hati bercampur baur. Aku bergegas memanggil beberapa org untuk menolong di situ. Yang paling aku geram kakak si pengantin buat tak tahu je. Memang bengang!
Rombongan pengantin pun sampai. Lepas bersanding di atas pelamin rombongan di arah ke khemah VIP untuk makan beradab. Lagi sekali masalah timbul. Meja tetamu tak ada sudu untuk lauk-pauk dan meja pengantin tak ada minuman. Sebelum tu...salah seorg sepupu ku ada memberitahu salah seorg kakak pengantin supaya membuat checking terakhir meja pengantin dan VIP. Rupanya dia buat tak tahu je. Kebetulan..aku lalu depan khemah VIP dan mereka minta aku mencarikan sudu untuk lauk pauk dengan gelak tawa sinis. Malunya aku tak terkira. Kakak pengantin buat tak tahu je macam majlis tu majlis orang lain. At last...aku pun buat tak tahu je. Apa nak jadi pun...jadilah!
Keesokkan harinya...lepas majlis...family dia macam nak salahkan kami sebab majlis tu kelam kabut. So...kami semua berkumpul dan meluahkan rasa tak puas hati dan juga berbagai perkara yang terpendam selama ini. Aku juga sempat perli serba sedikit pada kak pengantin tu tentang perangai dia. Dia boleh buat muka poyo je... Memang geram! Sepupu sepapat ku yang lain dah bertekad. Kenduri mereka selepas ni...masing-masing nak buat tak tahu. Biar mereka selesaikan sendiri. Kalau orang nak anggap kami berdendam pun biarlah. Banyak perkara yang membuatkan kami marah dengan mereka.
Disebabkan rasa marah yang bergelora ini...maka tiada satu gambar pun yang aku ambil untuk aku letak dalam posting ni. So...sorry ek! Yang tinggal adalah rasa marah dan bengang yang masih menguasai diri.

Today's Task!

Tuesday, April 7, 2009



1) Clearance the Employment Application Form for 2008
2) Performance Monitoring Sheet 2009
3) Loss Time & Loss Hour Report for 24th Mac till 31st Mac 2009
4) Summary Report for Employee Sick Leave & Compassionate Leave for 2007/2008
5) Summary Report for Employee Sick Leave & Compassionate Leave for 2009

Arrrrgggghhhhhh!!!!!!!!

Tag by Walinong Sari...

Monday, April 6, 2009

Aku kena tag! Yang ini dari Walinong Sari. Memandangkan aku pun tengah boring gilerrr hari ni maka aku memutuskan untuk menjawab tag dari dia. Sebenarnya aku kena tag juga dari Ida SM. Bukan satu plak tu...3 sekaligus. Adoiiiii...Disebabkan tag dari Walinong Sari lebih mudah maka aku memilih untuk menjawabnya dulu.

"Ida...sabar ye. Tunggu giliran anda. (sebenarnya nk cari gambar lama tu yang susah sket)...hehehe"



Jawapan untuk tag dari Walinong Sari :

1) Letakkan gambar profile anda :



2) Terangkan apakah makna gambar itu :

Tiada apa-apa makna sebenarnya. Saja letak gambar tu sebab itulah gambar yang terbaru.

3) Kenapa pilih atau letak gambar itu :

Sebab gambar tu tak nampak tembam sangat (perasan comel lah pulak)...hehehe

4) Tag lagi 5 blogger yang rajin. Orang yang aku nak mengetag ialah :

~ Ida SM
~ Mummy Hannan
~ Tukang Cerita
~ Ummi Rosma
~ Myza

Hehehe...sebenarnya ramai lagi yang aku nak mengetag. Tapi...sebab syarat 5 je so...ini adalah antara blog-blog yang aktif yang terpilih. Jawab ye...

Boring!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...