PROMOSI! PROMOSI! PROMOSI!

Gulahati Boutique

‎+ Welcome to Gulahati Boutique!
+ Your online shopping source with lots of scarves to choose from!
+ We hope you will love our items as much as we do.
+ Gulahati team will try our very best to meet your expectations.
+ We are very happy to have you as our customers.
+ Do visit us at our main blog at Gulahati Boutique

Hujung minggu yang membosankan!

Wednesday, April 8, 2009

Aku masih dalam mood yang tak menentu. Perasaan yang bercampur baur. Mungkin masih terkesan dengan "peristiwa" hujung minggu yang aku alami baru-baru ini. Sebenarnya aku bukan nak bercerita tentang perasaan ku yang bercampur baur ini tapi nak menceritakan apa yang berlaku hujung minggu tempohari.

Pada 03.04.2009...selepas kerja aku terus pulang ke kampung di Perak. Tujuan kami pulang ke kampung kerana hendak menghadiri majlis perkahwinan sepupu ku. Dari segi gaya cerita (percakapan melalui telefon dgn sepupu ku itu) nampak macam majlis tu akan berlangsung dengan grand sekali. Maklumlah kahwin dengan anak Datuk. Sepupu ku ini adalah anak bongsu dalam family mak long ku (sebelah emak). Biar ku panggil dia dengan "F" saja.
F ni dulu adalah seorg budak yg sgt gemuk. Pada satu masa...dia diejek2 oleh kwn2 dan ejekan itu telah memberi kesan kepada dia hingga dia berjaya menguruskan badan dia bak seperti model sekarang ni. So...bila dah kurus...langkah kaki pun jadi panjang. So...faham2 jer la. Aku malas nak bercerita lebih-lebih pasal F ni sebab kami memang tak puas hati tentang byk perkara. Bukan setakat aku dan family aku malah sedara mara yang lain. Cukup aku gambarkan dengan pepatah..."kerana mulut, badan binasa".
Berbalik kepada cerita kenduri tersebut. Seperti yang aku ceritakan tadi, majlis itu digambarkan akan berlangsung dengan grand. Ala-ala garden konsep gitu. Untuk khemah makan pengantin dan decoration saja dah RM8000...katanya...and hantaran pun cecah 5 angka. Besar dah jumlah tu untuk orang kampung yang baru kenal dunia...(faham2 jer la).
Kalu ikutkan hati aku, memang aku tak nak balik. Tapi, memikirkan saudara aku pun buat tak tahu je. Majlis diadakan pada sebelah malam hari Sabtu. Maklumlah nak tiru style "org kota". Dari tengahari kami pun membantu dalam persiapan untuk majlis malam tu. Yang membuat kami bengang sangat sebab 'tuan rumah' betul-betul mengharapkan orang yang membuat persiapan dan mereka hanya sambil lewa saja. Bila orang yang bertungkus lumus menolong membuat persiapan bertanya sesuatu...mereka boleh kata tak tahu. Bayangkan apa perasaan korang kalau berada dalam situasi begini. Tentu nak marah kan?
Selepas Asar diadakan majlis akad nikah. Aku malas nak bersama-sama dengan majlis tu so aku terus ke spa merehatkan diri, facial dan bermekap untuk majlis malam tu. Dengar cerita dari adikku...majlis petang itu pun agak kelam kabut. Dah la masa nak sarungkan cincin...cincin tertinggal di bilik atas. Malah pengantin yang kelam kabut yang pergi ambil. F ni memang jenis yang nak control everything. Tetamu dari pihak lelaki ada yang tersenyum sinis.
Sebelah malam...lepas maghrib...majlis hampir nak bermula. Nak tahu apa yang tejadi? Meja makan tetamu dan pengantin masih belum siap dan lengkap. Bayangkanlah! Masa itu lah nak kelam kabut dengan bermacam-macam benda. Aku pun menyinsing lengan baju dan beserta beberapa orang sepupu ku yang lain bergegas buat apa yang patut. Dalam hati..."abis la mekap aku nanti..." Kami membahagikan tugas memandangkan waktu majlis hampir tiba. Para tetamu pun dah tiba dan terus ke khemah yang dikhaskan untuk mengambil makanan. Lagi sekali kelam kabut dibuatnya. Takde org nak serve makanan. Para tetamu main cedok je lauk-pauk macam gunung dalam pinggan. Adussss...dalam hati perasaan marah, geram dan sakit hati bercampur baur. Aku bergegas memanggil beberapa org untuk menolong di situ. Yang paling aku geram kakak si pengantin buat tak tahu je. Memang bengang!
Rombongan pengantin pun sampai. Lepas bersanding di atas pelamin rombongan di arah ke khemah VIP untuk makan beradab. Lagi sekali masalah timbul. Meja tetamu tak ada sudu untuk lauk-pauk dan meja pengantin tak ada minuman. Sebelum tu...salah seorg sepupu ku ada memberitahu salah seorg kakak pengantin supaya membuat checking terakhir meja pengantin dan VIP. Rupanya dia buat tak tahu je. Kebetulan..aku lalu depan khemah VIP dan mereka minta aku mencarikan sudu untuk lauk pauk dengan gelak tawa sinis. Malunya aku tak terkira. Kakak pengantin buat tak tahu je macam majlis tu majlis orang lain. At last...aku pun buat tak tahu je. Apa nak jadi pun...jadilah!
Keesokkan harinya...lepas majlis...family dia macam nak salahkan kami sebab majlis tu kelam kabut. So...kami semua berkumpul dan meluahkan rasa tak puas hati dan juga berbagai perkara yang terpendam selama ini. Aku juga sempat perli serba sedikit pada kak pengantin tu tentang perangai dia. Dia boleh buat muka poyo je... Memang geram! Sepupu sepapat ku yang lain dah bertekad. Kenduri mereka selepas ni...masing-masing nak buat tak tahu. Biar mereka selesaikan sendiri. Kalau orang nak anggap kami berdendam pun biarlah. Banyak perkara yang membuatkan kami marah dengan mereka.
Disebabkan rasa marah yang bergelora ini...maka tiada satu gambar pun yang aku ambil untuk aku letak dalam posting ni. So...sorry ek! Yang tinggal adalah rasa marah dan bengang yang masih menguasai diri.

3 Teman Berbicara:

Kujie said...

manusia mmg mcm2....kadang2 lupa nak pijak kat bumi

rasa hebat...boleh capai awan!

Myza Pesona said...

Sabar je la! Manusia mmg mcm tu!Macam si kudung mendapat cincin!

idasm said...

wah.. begitu kelam kabut sekali majlis kahwin ni.. diorang tak ambil caterer ke... maaflah sebab ida dlm bidang ni.. so bila jd mcm ni.. yg salah catererlah, tp kalau mmg xde caterer.. tuan rumah patutnya dh bahagikan tugas masing2.. barulah semuanya berjalan lancar.

tp ada jugak kes mcm ni.. tuan rumah nak jimat belanja so bagitahu kat ida waiter tak perlu sebab org2 dia ada ramai yg nak menolong. so ida pun oklah.. takde hantar waiter, tp bila tiba hari event, org2 dia yg dijanjikan ada, tp bukan nak tolong buat kerja, tolong menyemak adalah, lepas tu mulalah kelam kabut sebab xde org clear table n etc, then mulalah nak salahkan caterer.... so bermula dari situ.. mmg kami tak layan dah kalau tuan rumah kata ada org2 dia yg akan buat kerja... hehe.....
so kesimpulannya, kalau dh ambik caterer, serahkan semua urusan F & B ni kat caterer aje, tuanrumah dan kaum kerabat.. biarlah maintain vogue layan tetamu aje.. betul tak dea... mcm kes dea tu....habis cair makeup, tak tolong tak sampai hati, dh menolong org pulak tak appreciate... alahai!!!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...