PROMOSI! PROMOSI! PROMOSI!

Gulahati Boutique

‎+ Welcome to Gulahati Boutique!
+ Your online shopping source with lots of scarves to choose from!
+ We hope you will love our items as much as we do.
+ Gulahati team will try our very best to meet your expectations.
+ We are very happy to have you as our customers.
+ Do visit us at our main blog at Gulahati Boutique

Hujung minggu yang mengejutkan!

Wednesday, April 29, 2009

Pelbagai perkara yg menimpa diriku sejak beberapa hari ini. Perkara yg aku sendiri tak terduga terjadi dlm hidup aku. Malah...aku tak pernah terfikirkannya. Tetapi...keluarga tetap keluarga. Mcm mana pun keadaan mereka...kita tak sampai hati nak membiarkan mereka dlm kesusahan.
Dengan tidak menghiraukan keadaan kesihatan tidak memuaskan...aku bergegas ke Kuala Lumpur selepas menerima panggilan dari adik perempuan ku. Lebih kurang jam 3.30 ptg...aku menaiki bas di Jeti Butterworth. Mr.Hubby susah nak melepaskan aku ke sana kerana aku demam tp nak buat mcm mana. Keluarga punya hal. Mr.Hubby pula tak dpt bersama-sama dgn aku kerana dia sedang berkursus dan tidak dibenarkan mengambil cuti. So...terpaksalah aku berseorangan kali ini.
Masuk je border Negeri Selangor, aku telefon adik perempuan ku. Dia minta aku turun kat Restoran Jejantas, Sg Buloh. Aku sampai di situ lebih kurang 09.45 malam. Aku diminta tunggu di Restoran Satay Kajang Hj. Samuri. Sempat juga aku mengalas perut dgn beberapa cucuk sate yg aku order. At last...anak saudara aku yg menghabiskan sate tu sebab aku memang takde selera walau pun aku tak menjamah apa-apa dari pagi. Aku dan adik perempuan ku berbincang tentang masalah yang melanda kami. Selepas itu...kami terus ke Bukit Beruntung...ke rumah adik lelaki ku dan perbincangan diteruskan.
Pada pagi Ahad...kami semua ke Kuala Kubu Bharu untuk menguruskan beberapa perkara di sana. Aku menelefon salah sorg kawan ku bertanyakan sedikit pandangan. Sempat dia memberitahu salah seorg kenalan kami tinggal area situ. Sempat la aku berjumpa dgn kenalan kami tu. Sehinggalah jam menunjukkan angka 2...barulah kami dapat selesaikan beberapa perkara dan ditambah pula dengan beberapa perkara yang makin memberatkan kepala.
Dalam pukul 07.00 malam...aku menaiki bas untuk balik ke Butterworth dan sampai lebih kurang pukul 12.00 malam. Mr.Hubby dah menunggu setelah aku call dia sebelum itu memberitahu kepulangan ku.
Urusan selepas itu...adik perempuan ku yang menguruskan. Sesekali dia akan menelefon aku memberitahu perkembangan dan juga bila dia memerlukan pendapat dari aku. Kasihan juga aku dengan dia. Tapi...nak buat macam mana. Aku stay jauh di Utara.
Alhamdulillah...perkara tersebut sudah tidak memeningkan kepala kami walau pun masih belum selesai sepenuhnya. Dan...sekali lagi...pada 1st May ini aku akan ke sana lagi untuk menyelesaikan beberapa perkara lain. Dan...aku berharap perkara ini dapat diselesaikan.

3 Teman Berbicara:

Kujie said...

walau bagaimana pun..jaga diri Dea...masalah tetap masalah, sedaya upaya kita akan selesaikan...

lepas usaha, tawakal..berdoa moga2 dipermudahkan semua urusan.

Dea Sara said...

Insyallah...terima kasih Kujie..

Anonymous said...

kak dea .. sabar je lah .. semua orang ader masalah kan ...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...