Gambar-gambar di bawah ini adalah gambar-gambar yang sempat aku 'klik-klik' masa Dea pergi ke Kuala Lumpur pada cuti Labour Day yang lepas. Dea tak sempat nak buat posting kat sini memandangkan ke'bz'an yang melanda sejak kebelakangan ini. Ada banyak lagi gambar-gambar yang menanti untuk dikongsi kisah-kisahnya...cuma..belum sempat dipaparkan.
Ini adalah gambar Dea di depan restoran sea-food di Shah Alam. Dea pun dah lupa apa nama restoran tu. Yang Dea ingat ianya adalah restoran yang memang famous kat situ. Ala...betul-betul tepi tasik. Hehehe...tgk la muka Dea tu. Memang mengantuk gilerrrr masa tu. Turun je kat Hentian Duta terus adik datang ambil dan kami sekeluarga ke sana untuk makan-makan. Sebab mak dan adik-adik yang lain pun datang ke KL atas beberapa urusan. So...time for family...
Antara makanan yang menjadi hidangan kami pada malam itu ialah steamed fish, butter prawn, ikan siakap 3 rasa, fried asparagus with belacan, sotong goreng tepung dan macam-macam lagi la. Dea pun dah lupa coz hidangan malam tu memang byk. Sesekali dapat berkumpul bersama keluarga.
Yang bertudung putih tu adik pompuan Dea yang bongsu. Baru melangsungkan perkahwinan hujung tahun lepas dan kini sedang berbadan dua. Tak lama lagi Dea akan dapat anak sedara baru. Yang berbaju merah disebelah tu adik lelaki yang bongsu. Masih belajar lagi. Mereka berdua tu memang rapat. Macam belangkas!
6 Teman Berbicara:
Bila sekali sekala berkumpul adik beradik, memang happening gila kan?
:)
wah seronoknya makan2.. nak2 bersama famili yg jarang2 dpt berkumpul.. sure bestkan!
hemm, seronok juga ye..makan bersama keluarga...tp knp famili Dea tak ikut...dan sya lihat makanan2 nya sungguh menyelerakan...hehehee
Kalau sya, klau nak mkan bersama keluarga, sya panggil semua kat rumah dan sya yg akan menyediakan makanannya..hehehe....tp kalau sudah letih hah barulah kat restoran...
Oh ya hari tu awak ada tanya sya sal makanan tu kan, sya selalu terima pesanan makanan dari teman2 kat skh2..kgd-kdg dalam seminggu tiap2 hari, kdg 2 / 3 hari, sal katering tu sya juga boleh buat...setakat nie katering yg sya terima 500org ke bawah... nsya allah hujung tahun nie, sya diminta memasak/katering untuk 1000 org [ kena bnyak persediaan/pembantu nie....]
Best kan ada big family mcm ni...Mesti meriah. Family yatie kecik aje, 3 beradik Yatie anak sulung. Sejak adik kedua kawin ikut suami tinggallah adik bongsu kat rumah dengan parents....
Kalau raya mesti havoc ni..hehee...
salam kenal.. salam ziarah.. really nice site!!! ade masa, singgahla ke terak UNGU VIOLET pulak..
Assalamualaikum Dea Sara,
Kakak berbalas kunjungan nie...
Seronok bila selalu dapat berkumpul ngan family... aduss... akak teruja betul bila tengok gambar-gambar makanan ni, hilang nak fokus berdiet...
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog akak. Singgah-singgahlah selalu...
Post a Comment