PROMOSI! PROMOSI! PROMOSI!

Gulahati Boutique

‎+ Welcome to Gulahati Boutique!
+ Your online shopping source with lots of scarves to choose from!
+ We hope you will love our items as much as we do.
+ Gulahati team will try our very best to meet your expectations.
+ We are very happy to have you as our customers.
+ Do visit us at our main blog at Gulahati Boutique

Wad 2 ~ Hospital Seberang Jaya

Thursday, September 30, 2010

Salam semua kwn2 blogger. Lama dah aku tak menjenguk blog aku ni. Rasa dah sebulan dah aku tidak bercerita apa-apa di sini. Kesibukkan membataskan waktu untuk aku bersantai di ruangan ini. Maybe ada kawan2 yg dah lupa kewujudan aku di sini. Maklumlah tiada khabar atau berita aku titipkan di sini. Emmm....anyway...rindu pada kalian tetap di hati.

Sebenarnya aku nak bercerita tentang anak bongsu ku....Irfan. Sabtu lepas...kami sedang seronok meraikan bulan syawal dengan memenuhi undangan majlis rumah terbuka. Anak-anak pun bukan main seronok lagi. Maklumlah...makanan byk...so...mcm2 boleh dipilih. Suami ku ada memberitahu bahawa anak ku..Irfan...tak berape sihat. Malahan...suami ku ada memberi ubat sebelum keluar dari rumah. Pagi tu pula aku terpaksa ke pejabat sebab terpaksa menyiapkan beberapa dokumen penting.

Suamiku dan anak2 datang mengambil aku di pejabat lebih kurang pukul satu dan kami terus ke rumah yg pertama. Masa tu Irfan still tak menunjukkan apa-apa perubahan malah dia enjoy makan aiskrim yang dihidangkan. Bila aku periksa suhu badannya...still tiada apa-apa. Selepas itu...kami bergerak menuju rumah kedua.....iaitu...rumah Nurul.

Masa di rumah Nurul...Irfan still aktif bermain dgn kakak dan abangnya di luar rumah. Memandangkan kami sampai di rumah Nurul....kawan2 lain masih belum sampai. So...kami decide nak menunggu kwn2 lain memandangkan kami masih kekenyanyangan. Selang beberapa minit...Irfan mengadu dia letih. So...aku pun bertanya samaada dia nak tido or lapar. Dia ckp dia nak tido. Aku terus letak dia di pangkuan. Selang beberapa minit....aku merasakan dia senyap je di pangkuan. Aku pun mengalihkan pandangan melihat Irfan di pangkuan. Rupa-rupanya Irfan dan muntah dan bibirnya dah bertukar kebiruan. Aku terus menghulurkan Irfan pada suamiku. Tetiba suamiku suruh aku cepat mengambil kunci kereta dan kami terus ke Hospital Seberang Jaya. Sampai je di hosp. terus kami dikejarkan ke bhgn kecemasan. Masa tu baru aku betul2 tahu yg Irfan mengalami kekejangan masa berada dgn suamiku. Masa doktor mengambil suhu badan Irfan...terkejut juga aku...40 degree. So...apa lagi. Admit ler...

Dalam wad plak...mcm2 kes dok ada. Langsung x lena nak tido. Kesian juga tgk anak2 yg dimasukkan ke wad. Macam2 penyakit. Mujur juga Irfan menunjukkan perubahan yang baik. 2 hari je la aku berkampung di wad tu. Dan Irfan dah kembali kesekolah dan aku kembali ke tempat kerja menyelesaikan tugasan yg bertimbun2 tu....

3 Teman Berbicara:

UmmiRosma said...

Semoga Irfan sihat semula..amin..

I was shocked to read this entry. Masya Allah..he will be in my prayers...get well soon dear Irfan..and mummy and daddy be strong yea..Allah is by your side..

anis said...

takziah...
hsptal sbrg jaya??? tggal ktne??
anis kt bm...hehe...

Dea Sara said...

UmmiRosma :
we all lg la...first time mcm ni. tak sangka coz he's very active.

anis :
stay kat perai...kuarters bomba di prima perai..ala...dekat giant tu..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...