Aduhhh...penat badan hari wehhhh. Maklumlah hari ni Dea bertungkus lumus megira, memeriksa dan menyiapkan report gaji pekerja sebelum dihantar ke bghn payroll. Dah berpinau-pinau mata Dea nih. Badan pun dah mula lenguh-lenguh sbb dr pagi tadi Dea dok ngadap PC ni. Selagi tak siap...tak boleh balik. Aduhhh...letihnya. Setakat ini dah 70% siap...hehehe...masih sempat nak menyelit, mengintai dan masukkan entry dlm blog Dea ni.
Salam kenal dan terima kasih Dea ucapkan pada yang baru menjenguk blog Dea yang tak seberapa ni. Harap-harap kita akan terus bersama di dunia blogging ini sambil mengeratkan tali silaturrahim antara kita. Ramai kawan...banyaklah pengetahuan yg kita dapat nanti. Betul tak?
Pada yang dah mengenali Dea...terima kasih kerana masih sudi menjenguk ke sini walau pun kebelakangan ini Dea bz dengan tugas2 seharian. Banyak lagi cerita-cerita yg nak dikongsi bersama namun masa amat terbatas buat Dea masa ini. Harap bersabar ye.
Ok lah semua...Dea nak sambung semula report ni...huhuhu...walau pun mata dah berpinau...tetap kena habiskan. Selamat malam kawan-kawan...mmmuuuaaahhhhh. See ya.
6 Teman Berbicara:
amboi... sampai berpinau mata tuh, kang keluar plak bintang2 kat keliling kepala . hehehe
Letih mata sambil skoden blog...kira ok la tuh...salam kenal dari daddy!
jenguk2 juga la blog kite...
salam Dea,
kojer bhgn HR ke?
ye Kak Yong...bila payroll closing je...mata berpinau2..hehehe...penyakit hujung bulan..
to all...
welcome to Dea Sara's House...
Post a Comment